Bagi wanita khususnya yang dah berkahwin, saat berjumpa pastinya pelbagai topik dibualkan antaranya tentang kecantikan, fesyen dan kesihatan.
3 sahabat iaitu Yna Sakinah, Erin Leola dan Nurul MF berkongsi rutin kecantikan mereka bersama Majalah NONA. Bergelar jurusolek selebriti menuntut mereka agar sentiasa menjaga penampilan dan kecantikan.
Bagi Sakinah Alfakhri yang merupakan jurusolek profesional berusia 33 tahun ini, definisi kecantikan sangat subjektif. Baginya, kecantikan harus seimbang dari segi dalaman mahupun luaran. Memiliki kesihatan badan yang baik, penampilan yang menarik, tingkah laku yang baik, percakapan yang baik dan bijak antara ciri-ciri kecantikan dalaman.
Saya jarang ke spa namun tetap mementingkan kesihatan badan. Saya mempunyai tukang urut sendiri yang datang ke rumah setiap bulan untuk mengurut termasuk memberi saya minuman jamu. Berurut sangat bagus untuk wanita yang terlalu penat bekerja bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan urat yang bengkak, memanaskan dalaman badan serta kesuburan.”
NURUL MF
“Apa sahaja yang nampak manis, semula jadi dan sejuk mata memandang itulah definisi kecantikan sebenar buat saya. Bagi saya kecantikan dalaman paling penting untuk dijaga kerana ia permulaan keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalan pemakanan seimbang juga penting agar kulit kelihatan cantik berseri.
Saya sentiasa mengamalkan pengambilan sesudu madu asli sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi. Selain itu saya turut mengamalkan makan buah delima dan sayur-sayuran khusus untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.
Saya juga mengamalkan minum satu liter air kosong setiap hari di samping sesudu madu dan sesudu minyak zaitun. Khasiatnya sangat banyak antaranya ialah saya dapat mengekalkan kulit yang sihat, bersih, lembap serta gebu,” kongsi Nurul Maizatul Farazila Abd Rahman yang juga merupakan jurusolek profesional berusia 36 tahun.
ERIN LOLA
Begitulah pendapat Erin Leola, wanita berusia 35 tahun. Turut bergelar jurusolek profesional, Erin berpendapat kecantikan luaran penting dari aspek kekemasan diri dan juga cara seseorang membawa diri.
“Keyakinan yang tinggi untuk merasa cantik juga perlu datang dari hati yang ikhlas dan jujur. Untuk cantik luar dan dalam mudah sahaja iaitu kita perlu sentiasa membersihkan hati untuk menjadi lebih baik hari demi hari.
Saya sememangnya tidak mengamalkan sebarang petua tradisional sama ada untuk kecantikan mahupun kesihatan. Apa yang penting saya mengamalkan rutin kecantikan secara teratur dengan penggunaan produk yang betul. Saya sendiri lebih selesa menggunakan produk kecantikan jenama sendiri.”
This website uses cookies.