Jenama kecantikan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, L’occitane dari Perancis telah memberi nafas baharu kepada butiknya yang terletak di Mid Valley Megamall.
Warna kuning dapat dilihat menguasai keseluruhan concept store dan konsep yang telah diperkemas ini lebih mesra dengan kecantikan ruang kediaman Provence yang sebenar.
Buat wanita Malaysia yang sukakan alam semula jadi, 3 sebab ini memang Nona rasa akan buat anda teruja nak ke sini. Jom tengok!
Memiliki keluasan seluas 592 kaki persegi, butik ini turut menerapkan ciri-ciri kecantikan dalam suasana yang terang dan bersinar. Umpama The Golden Yellow Sunshine yang bakal menjadi signature kepada jenama ini seterusnya.
Susun atur concept store ini telah diperbaharui untuk memudahkan pelanggan membuat pemilihan dan perbandingan mengikut jenis kulit.
(1) Happy Hands Station
Kunjungan pelanggan akan disambut dengan Happy Hands Station iaitu stesen khas untuk memelihara kecantikan tangan.
Of course apa saja yang berlaku dalam hidup kita bermula daripada tangan. Jadi konsep Happy Hands Station
ini membenarkan anda membelai sendiri kulit tangan dengan produk L’Occitane. Terdapat juga kemudahan air yang mengalir untuk menyempurnakan setiap step yang sepatutnya.(2) Rundingan Tentang Produk & Kecantikan
Terdapat juga ruangan paparan dwi muka dan rak melekat pada dinding yang memaparkan produk penjagaan mengikut kelasnya yang tersendiri. Pakar kecantikan yang berpengalaman boleh memberi khidmat rundingan jika terdapat sebarang kemusykilan tentang penggunaan produk mahupun mengenal pasti jenis kulit pelanggan.
Di suatu sudut, sebuah rak menanti pelanggan yang mahu menikmati keharuman yang ditawarkan oleh L’occitane. Aroma bunga-bungaan penuh pesona pasti memikat deria dengan rasanya yang nyaman menggoda.
(3) Perkhidmatan Membungkus Hadiah
Selain itu, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan bungkusan hadiah jika mahu menghulurkan bingkisan buat yang tersayang atau boleh sahaja memilih bingkisan yang sedia ada.
Jadi mudahlah kalau datang sini untuk cari hadiah! Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.