Pujian harus diberikan kepada tiga selebriti wanita Malaysia ini kerana memanfaatkan teknologi media sosial untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Nona percaya selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Mira Filzah, ramai lagi selebriti tanah air lain yang turut melakukan inisiatif sama. Bersandarkan populariti dan pengaruh mereka, sudah pasti perkongsian yang dibuat para selebriti ini dapat mengajak peminat berbuat kebaikan. Misalnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan hari ini. Posting daripada insan berpengaruh termasuk pemimpin dan selebriti… setidak-tidaknya membantu menggalakkan masyarakat peka dengan situasi coronavirus.

Ads

Mengintai media sosial milik Datuk Seri Siti hari ini, penyanyi berusia 40 tahun tersebut kreatif mengajak orang ramai mematuhi pelaksanaan kerajaan dengan memuat naik ilustrasi 7 nasihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Ilustrasi berkenaan pada asalnya ialah poster single terbaru ‘7 nasihat’ Datuk Seri Siti bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta namun diolah menjadi satu bentuk pesanan khidmat kepada masyarakat. Memang kreatif ibu Siti Aafiyah ni!

3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19!

3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19! 3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19!

Sebenarnya bukan itu sahaja usaha yang dilakukan Datuk Seri Siti untuk berkongsi kesedaran dengan peminat menerusi media sosial miliknya. Beliau juga memaklumkan tentang portal rasmi yang sepatutnya dilayari rakyat untuk mendapatkan berita sahih di samping berkongsi titipan pesanan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini, 18 Mac 2020 daripada pembantu peribadinya, Rozi Sang Dewi.

Pendekatan serupa turut diambil jelitawan Erra Fazira. Menerusi media sosial miliknya, Erra ada memuatnaik perkongsian berbentuk rohani dan islamik. Pesan Erra, “Bukan tawakal sahaja tanpa usaha. BERUSAHALAH sehabis baik untuk hindari selebihnya kita tawakal pada Allah. Kesayanganku, walau di mana kalian berada, BE EXTRA CAREFUL OK. Sayangi kesihatan kita dan lipat gandakan usaha menjaga kebersihan diri. Lantak la orang nak kata kita poyo ke apa. Standby hand sanitizer dalam beg.

Pakai setiap kali selepas berurusan di luar, tekan lift, pegang pintu, turun tangga, apa saja aktiviti, settle down dengan hand sanitizer. Paling baik cuci tangan. BUAT SEMENTARA ni saja macam leceh tapi better than “sorry”! Moga ada jalan penyelesaian yang bakal ditemui nanti. Kita sama-sama doa agar dilindungi dari wabak Covid-19.”

3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19!

Ads

Melihat sikap segelintir rakyat yang seakan tidak endah dengan situasi sekarang, ini yang dipesan Erra. “Fahami jaluran wabak Covid-19. Ada sebab disuruh DUDUK DI RUMAH. TOLONG JANGAN KELUAR TANPA URUSAN PENTING! SANGAT PENTING!! Ya, bosan.. Ya, ekonomi terganggu.. Ya, banyak kerja tertunda.. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.

Malah bukan kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara akan pincang. Kalau ada yang degil, tolonglah sekolahkan/talbiahkan secara berjemaah (cara baik) kerana tindak-tanduknya akan mengundang parah kepada orang lain.”

Ads

Bagi si cantik manis, Mira Filzah pula… dia turut tidak ketinggalan melakukan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat menerusi video langkah pencegahan Covid-19
yang dilakukannya bersama Ariani. Sebagai duta jenama berkenaan, Mira turut terpanggil untuk memberitahu tentang cara pemakaian mask yang betul dan langkah-langkah
pencegahan lain terutamanya ketika bertemu orang ramai.

3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19! 3 Selebriti Ini Guna Populariti & Pengaruh Untuk Ajak Masyarakat Kekang Covid-19!

Menerusi media sosial miliknya sendiri, Mira ada memuatnaik maklumat tentang social distancing. Pesan Mira ringkas, “Be a responsible citizen. Take this social distancing seriously. Please.”

Semoga pendekatan yang dilakukan selebriti tanah air seperti ini dapat membantu mencegah jangkitan wabak Covid-19. Seterusnya menurunkan jumlah kes jangkitan yang mencecah lebih 600 kes setakat ini. Tidak kira pemimpin mahupun selebriti, semua rakyat harus bersatu-padu mengekang situasi pandemik dan mempunyai rasa tanggungjawab dengan mematuhi pelaksanaan yang dibuat kerajaan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI