Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.

Ads

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Datin Saidatulnisa yang merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Bersama Sultanah Nur Zahirah.
30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim antara kenamaan pertama yang disolek oleh Datin Saidatulnisa.

Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’Saya tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.

Ads
30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Y.A.M Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zaharah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.

RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN

Ads

Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Datin Seri Zizie Ezette.
30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Puan Sri Normala Samsudin.

Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.

30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Datin Saidatulnisa juga sering menyolek Ella untuk sebarang majlis.
30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, DATIN SAIDATULNISA Kongsi Detik Pertama Kali ‘Berkarya’
Adik beradik perempuan Datin Saidatulnisa. Cantik dan awet muda semuanya!

Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI