Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.
Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.
RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN
Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.
Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen
(malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin
This website uses cookies.