Bukan tempoh yang singkat, 30 tahun jadi anak seni, akhirnya Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo buat julung kali pada Disember ini.
Tiga dekad melayari perjalanan sebagai anak seni dan mempunyai 18 album solo serta kompilasi, Datuk Nora Ariffin boleh dikatakan antara penyanyi popular negara, sebaris nama besar selebriti tempatan yang masih unggul sehingga ke generasi hari ini.
Ads
Dalam tempoh yang bukan singkat dalam industri hiburan, seharusnya pelantun lagu hits ramai Renungan Terakhir ini dan Juara Bintang HMI 1991, sudah berpengalaman beraksi dalam konsert solonya sendiri.
Cuma sehingga kini, penyanyi kelahiran Kelantan ini masih belum meraih peluang tersebut akibat kesukaran mendapatkan penaja dan mengakui turut rasa terguris serta hampir berputus asa, apatah lagi tatkala menyaksikan pendatang baharu yang mudah tampil dengan konsert sendiri.
Namun, program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik yang ditawarkan oleh Kementerian Komunikasi kembali membuka pintu harapan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dengan memberi dia peluang memohon geran bagi membiayai penganjuran konsert solonya.
“Selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer pada 2017, saya hampir putus asa untuk mengimpikan sebuah konsert solo kerana hilang tempat bergantung selain beberapa kali kertas kerja berkaitan konsert dikemukakan kepada pihak tertentu ditolak.
Meskipun ada cabaran, Alhamdulillah dikelilingi orang-orang baik dan keyakinan mereka terhadap saya, maka perancangan mengadakan konsert solo pertama dapat direalisasikan menerusi kelulusan geran tersebut. Sekian lama menunggu saat ini, saya pasti akan berikan yang terbaik untuk para peminat saya,” katanya.
HANYA SATU
Ads
30 tahun jadi anak seni, akhirnya Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo buat julung kali pada Disember ini. Ditemui pada sidang media konsert itu baru-baru ini, Nora yang pernah mencatat fenomena menerusi album pertamanya, berjudul Sandiwara yang terjual sebanyak 100,000 unit dan turut mempunyai peminat di Brunei dan Indonesia ini, akan beraksi dengan konsert solo pertamanya pada 18 Disember depan.
Berjudul ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’, pastinya konsert itu akan menjadi tumpuan peminat penyanyi kesayangan ramai ini setelah sekian lama menanti untuk menyaksikan persembahan serta kehebatannya beraksi secara langsung, mengalunkan lagu bergenre pop, balada dan R&B.
“Apabila dapat tahu permohonan geran kerajaan diluluskan, ia umpama semangat dan pendorong kuat kepada saya dan pasukan untuk meneruskan perancangan konsert walaupun risau ada kekangan lain selepas ini.
Saya amat menghargai bantuan kerajaan dalam memberi peluang kepada artis-artis seangkatan saya untuk mengadakan konsert solo, sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup sebagai anak seni,” kata Nora yang merakam lebih 100 buah lagu sepanjang kariernya dalam industri muzik negara.
Ads
Sementara itu, pengurus konsert Alita Aris berkata, pemilihan PJ Pac sebagai lokasi konsert Nora adalah kerana pihaknya menginginkan konsert yang eksklusif buat peminat setia serta penyokong tegar penyanyi itu sejak 30 tahun lepas.
Katanya, konsert berkenaan juga akan mendapat sentuhan individu berpengalaman yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air seperti Jennifer Thompson sebagai pengarah persembahan dan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.
Berdurasi dua jam, Nora akan mengalunkan sebanyak 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya, antaranya, Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Sandiwara, Menyemai Cinta Bersamamu, Renungan Terakhir, Jentayu dan banyak lagi.
Istimewanya juga, pada konsert ini akan diadakan segmen khas ‘Tribute to Johan Nawawi’ sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora sebagai penyanyi.
Tiket konsert boleh didapati di wwww.onetix.com.my pada harga RM108 hingga RM518, dibawa khas oleh syarikat Nora, Johan Nawawi Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.
Hubungan di antara Putera Harry dan juga selebriti, Meghan Markle ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia. Kelibat mereka yang mencuri perhatian ramai menjadikan pasangan ini buruan sensasi pihak media ditambah pula sengan status Harry sebagai seorang putera dan juga Meghan yang merupakan seorang janda. Namun hubungan mereka ini tidak mendapat banyak halangan bahkan nenda Harry, Ratu Elizabeth II telah memberikan ‘lampu hijau’ terhadap hubungan mereka berdua.
Hari ini pihak istana telah mengeluarkan gambar rasmi pertunangan mereka yang telah dilakukan di Frogmore House, Windsor untuk tatapan umum. Foto-foto yang sangat cantik dan manis ini dibidik oleh jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski yang pernah bekerja bersama Beyonce dan Jennifer Lopez.
Menurut jurugambar ini, “Saya hanya mampu tersenyum saat melihat gambar-gambar yang diambil. ternyata kebahagiaan di antara Putera Harry & Megan benar-benar terserlah.”
Pasangan diraja ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei tahun hadapan bertempat di St George Chapel yang terletak di dalam kawasan Istana Windsor yang juga merupakan antara kediaman rasmi Ratu Elizabeth II. Banyak majlis-majlis diraja telah dilakukan di kawasan ini yang bersaiz lebih kecil berbanding Westminster Abbey yang mana ia merupakan lokasi perkahwinan abang Putera Harry, Putera William bersama Kate Middleton.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari jauh sudah terhidu aroma pastri yang memikat selera tatkala melalui Pavillion Kuala Lumpur. PARIS Baguette, rangkaian kafe bakeri Korea Selatan yang mempunyai lebih 4,000 outlet di seluruh dunia akhirnya membuka outlet pertama di Malaysia, hasil kerjasama Berjaya Food Berhad dengan Paris Baguette Singapore PLC. Ia merupakan jenama terkenal yang diasaskan sejak 1988.
Kini, pelanggan boleh menikmati pastri unik termasuklah roti, kek dan makanan panas serta pencuci mulut berasaskan citarasa Eropah tanpa perlu berkunjung ke luar negara.
Jika berkesempatan ke sana, jangan lupa untuk mencuba seleksi menu seperti signature mushroom soup in bread bowl, signature natural yis bread, macarons dan cranberry chicken pastry wrap sandwich.
Kesemua menu yang terdapat di Paris Baguette dihasilkan menggunakan bahan premium dan berkualiti, sekali gus menjanjikan pengalaman terbaik buat pelanggan mereka. Majlis perasmian outlet Paris Baguette telah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur. Ia turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Antara lain yang turut hadir termasuklah Duta Besar Republik Korea ke Malaysia Yeo Seung-bae dan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad, Datuk Sydney Quays, pihaknya merancang untuk membuka lebih banyak outlet Paris Baguette di Malaysia pada masa akan datang.
Dengan pembukaan outlet pertama, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak outlet akan dibuka di bandar-bandar lain di seluruh negara,” ujarnya.
Sejak ditubuhkan, Paris Baguette berjaya mencuri hati pelanggannya dan menjadi jenama bakeri nombor satu di Korea Selatan. Paris Baguette turut membuka lebih 440 cawangan di Amerika Syarikat (AS), China, Perancis, Kanada dan Asia Tenggara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu perkenalkan lagi wanita serba boleh ini. Bakat Noor Neelofa Mohd Noor tak hanya bergemerlapan dalam bidang seni malah dia kini mencipta satu per satu kejayaan pula dalam dunia perniagaan. Istimewanya April ini, Neelofa menerusi Naelofar Hijab bakal melancarkan koleksi terbarunya, La Dolce Vita secara eksklusif dalam laman beli-belah online terkemuka, ZALORA!
Khabarnya, koleksi ini akan mula di pasarkan di Zalora pada 11 April depan. Lebih menarik, idea menghasilkan rekaan hijab kali ini diinspirasikan daripada Itali yang menterjemahkan La Dolce Vita atau bermaksud ‘The Sweet Life’. Pilihan rona-rona indah berasaskan bunga mawar, buah beri dan garapan warna semula jadi diketengahkan untuk koleksi istimewa tersebut.
Diperincikan dengan elemen mewah dan ceria, La Dolce Vita hadir dengan tiga gaya hijab iaitu Instant (Claudia), Selendang (Louisa) dan Bawal (Marquesa). Rekaan Claudia dan Marquesa menggabungkan ciri seni bina Rome sementara Louisa pula sarat dengan pantulan kilauan kristal Swarovski.
Koleksi Naelofar for ZALORA dijual dengan harga RM99 dan RM105 mulai 11 April ini hanya di laman beli-belah online ZALORA!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...