Empat dekad berkecimpung dalam industri hiburan dan menjadi anak seni, pelakon Imuda kini bergelar Dato’! Bintang sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan cukup sinonim dengan watak Budin berkenaan menerima penganugerahan tersebut pada 30 Julai lepas.
Ads
Dato’ Imuda atau nama sebenarnya A Rahim Muda menghadiri Hari Kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan (DKBP) Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bersempena Hari Ulang Tahun TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak ke-75.
Dalam istiadat itu, Imuda menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato’.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Imuda Art, anak jati Pulau Pinang berkenaan kelihatan segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin.
Turut hadir menemani pelakon berusia 65 tahun itu ialah isteri tercinta, Zabarina Haja Mushadi Ali yang anggun berbusana tradisi warna merah jambu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2010 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 14 dan tujuh tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dato’ Imuda mempunyai dua orang anak. Bekas isterinya iaitu Roslinda Rosli meninggal dunia pada Disember 2008.
Selain bergelar pelakon, Dato’ Imuda juga aktif sebagai pelukis dan kartunis menerusi komik popular Gila-Gila.
Dalam istiadat sama, TYT Tun mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat keapda 343 individu.
Ads
Memetik kenyataan di Instagram rasmi TYT Pulau Pinang, pada hari kedua istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan (DKBP) Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 seramai tujuh individu dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Dato’ Seri, dua individu dianugerahkan Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Dato’, 26 individu dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), 24 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 10 individu dianugerahkan Bintang Cemerlang Negeri (BCN), 52 orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 87 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 130 orang dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 5 orang dikurniakan Pingat Bakti Setia (PBS).
Agak sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran kakak kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga isteri kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Kali terakhir berita yang melibatkan Zizie dia dan suami hadir ke mahkamah berikutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Dan baru-baru ini, pelakon jelita ini menjadi perhatian warga maya selepas seorang jurusolek terkenal berkongsi wajahnya selepas disolek di laman sosial Instagram. Yang pasti ramai yang terkesima dengan kejelitaan Datin Seri Zizie Izette yang masih tampak anggun dan jelita.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya dan ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah nampak agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini menjadi pertikaian netizen di media sosial disebabkan dirinya yang hanya mengenakan topi untuk menutup rambutnya, Zizie Izette tetap mendapat pujian peminat yang terpukau dengan kejelitaannya itu.
Di hantaran tersebut, walaupun ada yang mengecam penampilan terkini Zizie namun ada juga warga maya yang masih terpukau dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Mengucap panjang bila dapat tahu Lufya berdepan detik menakutkan dengan anak kecilnya baru-baru ini. Syukur ibu dan anak ini semakin sembuh dan selamat daripada menjadi mangsa culik. Selepas dua hari kejadian berlaku, barulah Lufya tampil mendedahkan insiden berkenaan.
Memuat naik gambar bukti yang menunjukkan beberapa kesan luka di wajahnya, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menerusi media sosial miliknya berkongsi kisah di sebalik kejadian tersebut.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara ada lebih kurang jam 4-5 petang.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan.
Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting walaupun kita ni wanita yang lemah, kita kena ada ilmu mempertahankan diri. Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat.”
Tambah selebriti berusia 37 tahun ini lagi, “Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji.
Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.”
Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seakan masih basah di fikiran, mengingatkan momen-momen akhir menjelangnya majlis pernikahan penyanyi kesayangan Malaysia ini, 11 tahun lalu.
Tanggal 21 Ogos 2006 (Isnin), lokasi Masjid Wilayah Persekutuan menjadi saksi penyatuan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Datin Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Mengambil keberkatan Israk Mikraj yang jatuh pada hari yang sama, pasangan merpati dua sejoli ini mengikat pertunangan dan pernikahan serentak, sebelum disusuli upacara resepsi seminggu kemudian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Berkongsi kegembiraannya di laman Instagram, Datin Sri Siti Nurhaliza yang mempunyai 4 juta pengikut memuat naik beberapa keping foto sambutan anniversary mereka yang diadakan secara sederhana.
ctdk Alhamdullillah.. 11 Tahun yang saya syukuri .. Semoga Allah SWT melimpahkan lagi Rahmat,Keimanan yang teguh,kasih sayang yang semakin mendalam ,Rezeki yang halal ,Keberkatan usia, Kesihatan yg yang baik serta di kelilingi insan insan yang sama sama membawa ke jannah … Kasih sayang kami kerana Allah SWT.. Terima kasih di atas ucapan & doa yg baik tak putus2 dari peminat tersayang juga rakan & taulan .. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.. Fii Aamanillah.. jazakallahu khairan ?❤️ #11tahunbersama
Keutuhan kasih sayang pasangan VVIP ini jelas terlihat melalui senyuman dan pelukan mereka. Bersahaja, namun terserlah riak bahagia. Lebih sedekad usia perkahwinan, tentu sekali banyak pengalaman pahit manis dilalui bersama.
Nona mendoakan semoga rumah tangga Datuk Sri Khalid dan Datin Sri Siti Nurhaliza kekal bahagia buat selama-lamanya, kekal manis, kekal romantis… bagaikan pasangan pengantin baru, till Jannah. Happy anniversary!Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...