Bayangkan, kesalahan yang paling umum yang tidak disedari namun anda masih terus melakukannya. Begitu juga dalam dunia kecantikan. Meskipun tidak ada yang memantau perilaku anda terhadap dosa dan kefahaman yang salah tentang kulit, ada baiknya anda membaca artikel ini.
Ads
(a) Tidak Memakai Sunblock Secara Menyeluruh
Keperluan untuk lebih praktikal mendesak wanita untuk memakai produk yang multifungsi, misalnya alat solek yang mengandungi SPF. Padahal kita tidak menyolek hingga ke leher, rahang, telinga mahu pun garis rambut (hairline).
Realitinya, banyak kes kanser kulit merebak pada bahagian kecil yang sering dilupakan. Mulai sekarang, asingkan produk tabir suria dengan produk perawatan atau alat solek anda. Aplikasi produk tabir suria secara merata mulai dari wajah hingga badan tanpa melupakan bahagian tersembunyi seperti telinga, leher hingga belahan dada.
(b) Salah Faham Retinol
Retinol merupakan salah satu komposisi terbaharu produk kecantikan yang berasal dari keluarga vitamin A. Ianya mempercepatkan pergerakan sel kulit serta merangsang produksi kolagen dan elastin hingga membantu menjadikan kulit tampak segar lebih lama.
Namun terdapat beberapa kes berlaku pada empunya kulit sensitif yang alah pada retinol dengan kesan alahan yang berbeza. Jangan terburu-buru menyalahkan retinol. Kini dengan hasil penelitian dan kombinasi teknologi moden, formulasinya sudah semakin sempurna. Cuba biasakan kulit anda dengan retinol secara perlahan dengan aplikasi setitis untuk setiap malam.
(c) Menyental & Melembap Kulit Secara Keterlaluan
Pengelupasan atau eksfoliasi kulit perlu dilakukan secara rutin. Salah satu cara yang cukup praktikal adalah dengan menggunakan skrub. Namun keinginan untuk mendapatkan hasil serba lebih singkat dan segera biasanya mendorong wanita untuk melakukan perawatan melebihi keperluan yang sepatutnya.
Ads
Intensiti penggunaan skrub yang berlebihan dengan cara menggosok yang terlalu kuat menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari mahupun produk kecantikan yang biasa digunakan. Sebaiknya lakukan beberapa kali seminggu sewaktu musim panas dan kurangkan kekerapannya di waktu musim hujan atau sejuk.
Begitu juga dengan pelembab yang berlebihan. Memang adakalanya saat berlibur ke luar dari kawasan ibu kota memerlukan perawatan kulit yang ekstra. Namun, kesan daripada penggunaan pelembap berlebihan pula akan menyebabkan milia, sejenis kutil yang timbul akibat sel kulit mati yang terperangkap pada lapisan kulit. Lebih baik, pakailah pelembap secukupnya pada pagi hari dan selangi dengan serum untuk mengurangi risiko pori-pori tersumbat.
(d) Tunda Aplikasi Krim Penuaan
Ads
Sibuk dengan komitmen kerja hingga terabai penjagaan wajah? Hasilnya kedut dan garis halus mula timbul. Maka mulalah panik untuk mencari produk bagi mengurangkan kesan penuaan yang dialami.
Secara asasnya, gaya hidup yang kurang sihat, pencemaran udara, air dan radikal bebas mempengaruhi kondisi kulit untuk kehilangan keanjalan. Kebanyakan wanita baru sedar tentang pentingnya perawatan anti-penuaan menjelang penghujung usia 20-an.
Lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil jalan pintas dengan mendapatkan suntikan filler dan botoks atau rela menahan sakit di meja pembedahan kerana tak sanggup melihat wajah semakin berkedut.
Apalagi kini teknologi kecantikan terbaharu sudah mengiktiraf kandungan retinoid yang dapat mengatasi masalah jerawat dan kerutan sehingga perawatan anti-penuaan boleh dimulakan lebih awal di usia awal 20-an. Fikir-fikirkan! KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.
Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.
Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.
Ras Adiba ketika ditemui berkata, beliau memilih menyertai BERSATU untuk menyokong perjuangan gabungan PN dalam membela nasib rakyat termasuk golongan OKU dan percaya PN berupaya mengembalikan kecemerlangan dan kesejahteraan negara.
Ras Adiba mengakui sebelum ini beliau adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lalu tetapi memutuskan untuk menyertai BERSATU berikutan senario politik yang berubah.
Turut mencuti tumpuan ialah penampilan bekas wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan tersebut yang tampil anggun dan jelita menyarung kebaya berona biru dengan lilitan selendang menutupi sebahagian kepalanya.
Walaupun masih perlu bergantung pada kerusi roda elektrik untuk bergerak, namun aura dan personaliti Datuk Ras Adiba nyata cukup memukau dan masih berkarisma.
Untuk rekod, Ras Adiba pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka meniti usia 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha dikagumi ramai wanita. Bersandarkan raut wajah cantik dengan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, wanita yang berusia 31 tahun ini berkongsi petua apabila ditanya amalan mendapatkan kulit mulus sepertinya. Dengan nada merendah diri, Leuniey membuka rahsia.
“Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey.
Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Mengikuti perkembangan Leuniey, ibu penyayang ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Memiliki bakat solekan, Leuniey kini turut mengambil tempahan mekap pada hujung minggu. “Back to my second job as a make up artist yang memang weekend je Leuniey buat full-time. First time spam gambar sejak kita dah start buat make up balik.”
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.
Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia turut mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin.
Mengimbas kembali momen ijab kabul pasangan sama cantik sama padan ini pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey menarik perhatian ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah! Malah semakin terserlah kejelitaan Puteri Diraja Brunei ini yang nyata mewarisi kecantikan ibunda, Azrinaz Mazhar Hakim!
Perkongsian Azrinaz yang memuat naik gambar anak gadisnya di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Bukan hanya mereka terpikat dengan wajah cantik YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah, bahkan kebanyakan kenalan Azrinaz mengakui anak dan ibu ini cukup seiras.
Posting tersebut dibuat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 15 Julai lalu.
Kongsinya, “My sweet little girl walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan of Brunei.”
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen ini mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama KDYMM Sultan Brunei Darussalam.
Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Puteri Ameerah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 pada 28 Januari lalu dan seperti kelaziman saban tahun, Azrinaz tidak pernah terlepas menitipkan ucapan hari lahir kepada anakanda tersayang.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Tampil berseri-seri dengan Habib Desert 9K Rose Gold Pendant DI SINI dan dapatkan harga diskaun guna kod NONGSP5.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...