4 DOSA BESAR Terhadap Kulit, Perbaiki Sekarang Atau Kesannya Akan Lebih Teruk!

405

Sudah menjadi lumrah bagi wanita mahu sentiasa nampak cantik. Terutamanya apabila melibatkan tentang kecantikan kulit wajah. Pantang saja dapat tahu tip terbaru, terus mahu amalkan serta-merta.

IKLAN

Tidak salah sebenarnya hendak mempraktikkan tip-tip kecantikan yang anda ketahui. Cuma yang merisaukan apabila anda mengamalkannya dengan cara yang salah dan terus melakukan kesalahan sama berulang kali malah ada yang sampai bertahun.

IKLAN

Ada ketika anda sendiri hairan kenapa kulit wajah masih tiada perubahan. Sebaliknya, lebih bermasalah dan masih di takuk sama. Ambil tahu kefahaman yang salah tentang kulit supaya dapat mengelak perbuatan ini pada kemudian hari.

  • Tidak memakai krim tabir suria secara menyeluruh

Disebabkan mahu terlindung daripada selaran matahari yang boleh merosakkan kulit telah mendesak wanita untuk memakai produk multifungsi misalnya kosmetik yang mengandungi SPF. Yang menjadi kesalahan adalah apabila ia tidak disapu dengan rata sehingga ke leher, bahagian rahang, telinga dan garis rambut (hairline). Bukan hanya menonjolkan tona kulit tidak sekata malah mendatangkan kecenderungan kepada pembentukan jeragat kerana terdedah kepada sinar matahari yang terik dalam tempoh yang lama.

  • Tidak memahami retinol

Ia merupakan salah satu komposisi terbaru produk kecantikan yang berasal dari ‘keluarga’ vitamin A. Selain mempercepat pergerakan sel kulit, ia turut merangsang kolagen dan elastin bagi menjadikan kulit tampak segar lebih lama. Sayangnya, terdapat sebilangan pengguna yang sensitif terhadap retinol dengan kesan alahan yang berbeza. Jika ia benar-benar memberi masalah kepada kulit, hentikan segera. Cari alternatif lain yang sesuai dengan kulit anda.

  • Terlebih eksfoliasi hingga over pelembab

Eksfoliasi atau pengelupasan kulit perlu dilakukan secara berkala. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah adalah dengan menggunakan skrub. Ingat, penggunaan skrub berlebihan dengan cara menggosok terlalu keras menjadi penyebab kepada kulit lebih sensitif terhadap sinar matahari dan produk kecantikan. Sebaik-baiknya, lakukan 3 kali seminggu sewaktu musim panas dan kurangkan kekerapannya pada musim hujan atau sejuk.

Tidak lupa juga dengan penggunaan pelembab secara berlebihan. Kesan daripada perbuatan ini akan mendorong kepada pembentukan milia iaitu sejenis kutil yang timbul akibat sel kulit mati yang terperangkap di lapisan kulit. Pakailah pelembap secukupnya pada waktu pagi dan diselangi dengan serum untuk mengurangkan risiko pori-pori tersumbat.

  • Tunda penggunaan krim penuaan

Kebanyakan wanita baru sedar tentang pentingnya perawatan anti penuaan akhir usia 20an. Lebih memburukkan keadaan,  ada yang mengambil jalan pintas dengan mendapatkan suntikan kecantikan seperti botoks atau rela menahan sakit di meja pembedahan kerana tak sanggup melihat wajah semakin berkedut. Apatah lagi kini teknologi kecantikan terbaru sudah mengiktiraf kandungan retinoid yang dapat mengatasi masalah jerawat dan kerutan sehingga perawatan anti penuaan boleh dimulakan lebih awal di usia awal 20an. Fikir-fikirkan!