Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Namun begitu, anda masih boleh mencegah walau pun tidak mengambil makanan-makanan tersebut.

Ads
  • MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.

4 Jenis Makanan Ini Bukan Sekadar Menyihatkan Bahkan Membantu Mencegah Risiko Kanser Payudara

  • OREN

Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh mengambilnya terus atau menjadikannya sebagai jus.

Ads
  • TOMATO

Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuklah menyihatkan payudara anda.

Ads

4 Jenis Makanan Ini Bukan Sekadar Menyihatkan Bahkan Membantu Mencegah Risiko Kanser Payudara

  • KACANG SOYA

Tauhu, tempe dan susu soya antara makanan yang baguss diamalkan setiap hari. Contohnya, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI