Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada April nanti, penyanyi bersuara lunak Shila Amzah khabarnya sedang menempuh alam terindah untuk bergelar seorang ibu. Berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada pertengahan Februari lalu… Shila turut mengakui dia masih cuba membiasakan diri dengan fasa alahan yang dilaluinya ketika ini.
Memperlahankan kerjaya seninya buat masa ini untuk memberi perhatian kepada kandungan, Shila bagaimanapun aktif berkongsi aktiviti hariannya bersama para peminat di laman media sosial. Dilihat sering berbalas pertanyaan dan jawapan daripada followers
mengenai perkembangan terbaru serta kehamilan…. Shila turut mempersiapkan diri dengan membaca bahan bacaan berkaitan kehamilan, bayi dan sebagainya. Tidak terkecuali, suaminya Haris Idraki Elias.Bila kita rasa penat dengan ‘all day sickness’, kena selalu ingatkan diri ‘there’s a baby growing inside of me’. It’ll be worth it.”
Biarpun banyak menghabiskan masa di rumah, Juara Asian Wave 2012 ini tetap aktif menyanyi untuk para peminat di Instagram. Kiranya, dapatlah juga peminat mengubat kerinduan dengar suara Shila.
For someone who has low BP, I definitely recommend this! Ada orang cakap kena makan dulu sebelum makan iberet ni, ada orang cakap kena perut kosong. Takpe 22hb ni Sha tanya doktor again. Ada orang makan ni boleh rasa mual dan muntah, tu yang Sha recommend minum air jus yang masam sikit hahaha, kalau takleh masuk juga… paling-paling pun Ribena pun jadilah.”
Terbuka berkongsi pengalaman pada awal kehamilan ketika ditanya salah seorang peminatnya di Instagram, ujar Shila, “First time try after 2 weeks, negative… Lepas 3 weeks, still negative.. 4 minggu setengah try lagi, negative juga. Minggu ke-5 lebih tu baru pergi jumpa doctor, buat test lagi… baru positive.”
Doa Nona agar Shila dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Kredit: Instagram Shila Amzah
This website uses cookies.