Orangnya memang cantik dan berbakat besar. Kalau dulu nama Syaidatul Afifah Badrul Hamid tersenarai sebagai barisan atlet yang bertanding dalam Sukan Malaysia (SUKMA), tapi tahun ini dia berada di ‘pentas’ berbeza sebagai pengacara sukan dwitahunan tersebut.

IKLAN

Mengucapkan selamat tinggal kepada karier sukan selepas bersara sebagai atlet tenpin boling pada September dua tahun lalu, bakat Syaidatul Afifah atau mesra di sapa Fifah kini lebih terarah dalam bidang pengacaraan.

Empunya diri pun tak sangka penglibatannya sebagai hos mendapat penerimaan baik daripada penonton.

4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet!

Apatah lagi, dia memiliki rupa paras menarik dan berpengetahuan luas dalam arena sukan. Jadi tidak hairanlah Fifah terpilih mengacarakan program penutup acara SUKMA 2022 yang melabuhkan tirainya pada 24 September lalu.

Berbesar hati menggalas tugas itu, Fifah menerusi perkongsian di Instagram miliknya meluahkan rasa teruja. Dalam masa sama bersyukur kerana bakatnya masih diperlukan dalam industri sukan.

4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet!


“Kalau dulu Fifah involved dalam 4 edisi SUKMA bermula 2006, 2008, 2010 dan 2012 sebagai atlet. What a great experience I had last night as an Emcee. Alhamdulillah terima kasih Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia Sukan beri kepercayaan pada Fifah bagi mengacarakan Upacara Penutup SUKMA 2022.

IKLAN

Fifah minta maaf if ada salah silap yang Fifah tak sedar. It’s also a learning process from me, InshaAllah akan Fifah improve from time to time. Hopefully semua enjoy closing ceremony semalam tau.

Tahniah buat atlet terbaik lelaki dan wanita edisi kali ini dan tahniah buat overall Champ Kontinjen Johor. Majulah Sukan untuk Negara!”

4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet! 4 Kali Masuk SUKMA Wakili Perak, SYAIDATUL AFIFAH Jadi Pengacara SUKMA 2022 Lepas Bersara Atlet!

IKLAN

Fifah mula menceburi arena sukan boling sejak berusia sembilan tahun dan kini mahu terus mengasah bakat dalam industri seni.

Selain menjadi hos program berbentuk sukan, wanita kelahiran Perak ini juga sudah pun bergelar pelakon dalam drama bersiri popular Ratu Tenpin dan Ratu Tenpin 2.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI