Sukar tidur, tidak fokus dan tak produktif semasa bekerja antara tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami stres. Salah satu cara bagi mengatasinya ialah dengan senaman atau latihan kecergasan.

Stres jika dibiarkan tanpa kawalan boleh menjejaskan kesihatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Antaranya simptom insomnia, sakit kepala, cemas, berat badan naik dan sakit otot.

IKLAN

Ketika melakukan aktiviti kecergasan, tubuh akan menghasilkan hormon endorfin bagi melawan stres. Kesimpulannya, latihan kecergasan mahupun senaman membantu melancarkan aliran darah sekaligus merangsang tubuh agar lebih tenang. 4 aktiviti ini dapat meningkatkan stamina dan mengurangkan stres.

BERJALAN SECARA SANTAI ATAU CEPAT

Aktiviti ini dapat melepaskan ketegangan di beberapa bahagian otot, menenangkan sistem saraf dan menjadikan pernafasan lebih baik. Sebagai permulaan, bagi minggu pertama lakukan aktiviti ini dua kali. Setiap sesi lakukan selama 30 minit. Minggu seterusnya tingkatkan kekerapan dan durasi secara bertahap.

4 Latihan Kecergasan Ini Mampu Singkirkan Bebanan Stres

MENARI

Membantu meningkatkan degupan jantung seterusnya otak kembali segar dan dapat mengalihkan fikiran daripada berbagai masalah. Interaksi dengan pasangan tari atau kumpulan juga dapat menerbitkan rasa gembira dan bahagia sekaligus melenyapkan rasa stres.

4 Latihan Kecergasan Ini Mampu Singkirkan Bebanan Stres

TAI CHI

IKLAN

Latihan ini bukan saja menumpukan kepada gerakan anggota tubuh bahkan konsentrasi dalam setiap gerakan. Ia juga meningkatkan kelenturan tubuh dan meningkatkan stamina. Jika latihan ini digabungkan bersama tidur yang cukup dan tepat pada waktunya, kesihatan jiwa menjadi lebih baik. Stres juga akan berkurangan.

4 Latihan Kecergasan Ini Mampu Singkirkan Bebanan Stres

TENIS

IKLAN

Aktiviti ini memerlukan gerak tubuh dan konsentrasi yang tinggi. Apabila salah seorang memenangi permainan, perasaan puas dan bangga mampu mengurangkan stres. Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan jantung dan menjaga tekanan darah di paras normal.

4 Latihan Kecergasan Ini Mampu Singkirkan Bebanan Stres

Oleh itu, mari kita mulakan gaya hidup sihat pada hari ini demi memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik dan membahagiakan!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI