4 Pencuci Mulut Istimewa Sajian Iftar Untuk Keluarga. Boleh Cuba Ni!

Dalam situasi berada di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan, sudah pasti kaum hawa mempunyai banyak masa menyediakan hidangan istimewa untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Kemahiran memasak di dapur di asah hari demi hari bagi memastikan juadah tersedia di meja makan.
Dalam suasana menyambut kedatangan Ramadan yang berbeza dari norma biasa, apa kata anda mencuba dessert yang tidak kurang hebatnya ini. Selamat mencuba!

BERRY TART

BAHAN SHELL TART

250 gram mentega

120 gram gula aising

2 biji telur

480 gram tepung gandum

BAHAN KRIM PASTRI:

4 biji kuning telur

¼ tepung jagung

½ cawan gula kastor

2 cawan susu

Ekstrak vanilla

1 cawan krim putar

CARA MEMBUAT:

  1. Untuk menyediakan tart shell, ayak gula aising terlebih dahulu. Pukul gula aising dan mentega. Jangan pukul terlalu lama.
  2. Masukkan telur dan adun sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung.
  3. Bakar selama 17 minit pada suhu 170 darjah Celsius atau sehingga masak.
  4. Sementara itu, panaskan susu di dalam periuk dengan api kecil. Masukkan tepung jagung, gula dan kuning telur dalam satu mangkuk. Kacau sebati.
  5. Setelah susu berbuih, masukkan separuh susu ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau sebentar untuk melarutkan gula, kemudian tuang semula ke dalam periuk susu tadi.
  6. Gaul menggunakan whisker atau senduk kayu sehingga adunan likat. Adunan sudah masak jika ia mengeluarkan letupan angin.
  7. Tutup api dan masukkan ekstrak vanila. Biarkan sejuk. Akhir sekali, pukul krim putar dan gaulkan ke dalam adunan kastard yang sudah sejuk.
  8. Paipkan ke dalam tart shell dan hias bersama pilihan buah beri anda.

CHOCOLATE PANNA COTTA

BAHAN-BAHAN:

220 gram krim

65 gram gula

300 gram susu

14 gram gelatin

70 gram coklat gelap

CARA MEMBUAT:

  1. Mula-mula cairkan coklat gelap dan larutkan gelatin di dalam air. Biarkan seketika dan didih krim bersama gula, susu dan gelatin tadi.
  2. Angkat dan ketepikan supaya campuran berkenaan sejuk seketika. Seterusnya, tuang coklat yang telah cair ke dalam bekas.
  3. Lapisi permukaan atasnya dengan sos buah beri. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman.
  4. Akhir sekali, hidangkan bersama buah beri dan mousse untuk rasa yang lebih memikat.

TAT KELAPA LEMON

BAHAN LEMON MOUSSE:

300 gram krim putar

60 gram gula

30 gram jus lemon

10 gram serbuk gelatin

25 gram air

200 gram susu

BAHAN KRIM KELAPA:

200 gram santan

80 gram krim putar

40 gram gula

6 gram serbuk gelatin

20 gram air

BAHAN CRUST TART:

190 gram gula

370 gram mentega

200 gram tepung

220 gram serbuk kacang badam

65 gram kuning telur

CARA MEMBUAT:

  1. Sediakan crust atau lapisan bawah tart dengan mencampurkan krim mentega bersama gula.
  2. Pukul sekata dan masukkan pula tepung serta serbuk kacang badam. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau sekali lagi.
  3. Balut doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Sesudah itu, keluarkan doh dan bentukkan secara segi empat memanjang. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius hingga masak. Ketepikan.
  4. Semenatara itu, larutkan gelatin di dalam air. Tuang susu, gula dan panaskan kedua-duanya hingga cair sebelum dicampurkan bersama gelatin tadi dan jus lemon.
  5. Akhir sekali, masukkan krim putar.

Untuk menyediakan krim kelapa, didih santan dan gula. Biarkan ia sejuk seketika dan masukkan gelatin hingga cair bersama krim putar.Ambil crust yang telah siap dan hiaskan krim kelapa serta lemon mousse. Jika mahu boleh tambahkan hiasan buah-buahan seperti buah beri dan sebagainya.

KEK KEJU CITRUS

BAHAN INTI

400 gram krim keju

50 gram gula aising

250 gram krim putar

30 gram jus lemon

10 gram serbuk gelatin

30 gram air

BAHAN KEK:

8 biji telur

300 gram gula

60 gram susu

60 gram minyak jagung

280 gram tepung naik sendiri

50 gram parutan kulit lemon

50 gram parutan kulit limau

BAHAN LAPISAN BAWAH KEK:

190 gram gula

370 gram mentega

200 gram tepung

220 gram serbuk kacang badam

65 gram kuning telur

CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH KEK

  1. Campurkan krim mentega bersama gula. Kacau hingga sekata
  2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk kacang badam. Apabila sudah sebati, masukkan kuning telur dan gaul sebati.
  3. Balut doh dan letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, keluarkan doh tadi daripada peti sejuk dan bentukkan di atas getah ‘silpat’.
  4. Angkat acuan yang dibuat dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius atau hingga berwarna kuning keemasan.

UNTUK KEK SPAN:

  1. Pukul telur dan gula hingga berbuih menggunakan mesin pengadun, masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi dengan kelajuan perlahan.
  2. Tuangkan susu, parutan oren dan lemon serta minyak jagung. Pastikan sebati sebelum dibakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit.
  3. Akhir sekali, sediakan isi kek dengan melarutkan gelatin di dalam mangkuk berisi air.
  4. Pukul krim keju bersama gula aising hingga berbuih dan kembang kemudian masukkan jus lemon serta krim putar. Ambil lapisan bawah kek dan bubuh isi krim yang telah siap.
  5. Hiaskan dengan kek span untuk menutupinya. Siap dinikmati.

Resipi:Majalah RASA

Share
Published by
Rosmah Idayu