Nak cantik tak semestinya buatan luar negara, produk lokal juga boleh menjadikan wanita cantik dan berkeyakinan tinggi. Namun, apa yang penting setiap produk yang kita guna, biar sesuai sama ada jenis kulit atau hormon dalam tubuh.

Ads

GUMASH NOURISHING HAIR COLOR

Ramai wanita Muslimah yang masih ragu-ragu untuk menggunakan pewarna rambut kerana bimbang untuk dibawa solat. Kini Gumash Nourishing Hair Color yang dibawakan oleh Rangkaian Mercu Health & Beauty berkongsi manfaat pewarna rambut berkonsepkan inai yang patuh syariah. Gumash Nourishing Hair Color menggunakan bahan-bahan yang tidak bercanggah dengan syarak dan telah diteliti. Dirumuskan khas untuk rambut orang Asia, memberi pilihan tiga warna menarik iaitu Black, Dark Brown dan Dark Red. Gumash Nourising Hair Colour didatangi dengan kit lengkap mengandungi Gumash Color Cream, Gumash Hair Developer Lotion, Gumash Hair Shampoo, Gumash Hair Conditioner dan Gumash Hair Serum.

4 Produk Kecantikan Tempatan Ini Paling Laris Di Pasaran Sekarang

NITA COSMETICS

Sebuah solekan tidak akan lengkap tanpa palitan lipstik yang menghias sang bibir. Variasi lipstik perlu diteliti agar bibir tidak mengering sehingga mengelupas. Nita Cosmetics telah memperkenalkan rangkaian lipstik terbaharu dengan mengambil inspirasi suasana dan nilai estetika kedai kopitiam. Koleksi warung ini  menawarkan 5 warna gincu yang menarik dan boleh dipakai oleh setiap wanita tanpa mengira usia. Hadir dengan nama-nama yang unik seperti Ais Kepal, Miloh, Teh Tarik, Bandung dan Kopi Susu melengkapkan gaya solekan yang lebih berwarna dan menarik.

4 Produk Kecantikan Tempatan Ini Paling Laris Di Pasaran Sekarang

JUS GOYANG RAPAT BY RCW

Ads

Bukan mudah menjadi seorang wanita yang perlu melakukan tugas multi fungsi sebagai seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya. Tubuh lesu dan kurang bertenaga akibat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang wanita kadang-kadang boleh menggugat keharmonian rumah tangga. Rawat tubuh sebelum terlambat dengan Jus Goyang Rapat By RCW yang diasaskan oleh Selebriti Rozita Che Wan. Jus yang dihasilkan daripada ekstrak herba terpilih seperti Ginseng, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kurma, Buah Roselle, Kunyit, Daun Pegaga dan Buah Manjakani ini terbukti berkesan untuk menghilangkan lesu dan sakit badan.

4 Produk Kecantikan Tempatan Ini Paling Laris Di Pasaran Sekarang

Ads

YOUNG BEBE

Kunci kepada solekan sempurna terletak kepada pemilihan bedak asas. Namun, masih ramai wanita yang masih keliru memilih bedak asas sehingga terlihat tompokan bedak asas yang tidak sempurna di atas kulit wajah. Produk kosmetik Young Bebe telah memperkenalkan bedak asas yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Melalui teknologi kecantikan, bedak asas ini mampu merangsang produksi kolagen sehingga 150 peratus yang menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Sapuan yang lembut melalui tekstur bedak asas yang mengandungi bahan-bahan istimewa serta menjadikan kulit lebih sekata dan cantik.

4 Produk Kecantikan Tempatan Ini Paling Laris Di Pasaran Sekarang

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI