Melihat penampilan, gaya hidup dan raut wajahnya pasti ramai yang menyangka Victoria Beckham seorang figura yang sukar didekati dan terlalu asyik dengan kemewahan. Hakikatnya, di sebalik simbahan dunia glamor dan populariti Victoria sebagai selebriti, usahawan, ikon fesyen dan isteri kepada lagenda pemain bola sepak… ibu kepada empat anak ini mempunyai peribadi yang cukup ‘mahal’.

Ads

Selain hebat menguruskan keluarga dan dalam keghairahan menghasilkan rekaan terkini menerusi label miliknya, Victoria Beckham … bekas penyanyi kumpulan Spice Girls ini juga rupa-rupanya sudah empat tahun berturut-turut menjadi duta kepada badan amal kebajikan dunia, UN Aids. Tak sangka dengan kehidupan yang dikecapi Victoria, dia masih sudi membantu mangsa dan pesakit Aids. Sampaikan sanggup turun padang bertemu dengan mereka sendiri.

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!
Victoria di samping suami dan empat anak

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!

Tersentuh tengok jiwa murni buah hati kesayangan David Beckham ini.

“Lebih 6000 wanita muda dan dewasa dijangkiti wabak HIV setiap minggu. Disebabkan situasi ini saya menyokong UN AIDS dalam usaha mereka memperkasakan golongan wanita supaya tahu hak kesihatan mereka.

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!

Sudah 4 tahun saya menjadi duta UN AIDS dan setiap tahun saya rasa sangat terharu dengan galakan, semangat dan harapan daripada mereka semua termasuk wanita, lelaki dan kanak-kanak yang saya temui.”

Ads

Jiwa murni Victoria bagaikan sudah sebati dengan kerja-kerja amal. Pertengahan Mac tahun lalu dia berangkat ke Kenya mewakili Sport Relief iaitu pertubuhan amal di United Kingdom yang mengetengahkan sukan dan hiburan bagi tujuan mendapat dana untuk disalurkan kepada rakyat di negara-negara miskin. Di sana, Victoria berpeluang beramah mesra dengan masyarakat Nairobi dan mengajar mereka teknik seni mempertahankan diri.

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!

4 Tahun Berturut-Turut Jadi Duta UN AIDS, VICTORIA BECKHAM Tak Gentar Dekati Pesakit AIDS!

Ads

Biarpun aktif dengan misi kemanusiaan, wanita hebat ini baru sahaja melancarkan koleksi sukan Reebok X Victoria Beckham pada penghujung Januari lepas. Koleksi istimewa tersebut turut dilengkapi seleksi top, legging, kasut sukan dan topi yang sesuai digayakan tatkala bersantai mahupun ketika bersukan.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI