Ternyata tidak sukar untuk mengatur pertemuan dengan YM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry kerana sifat ramah-tamah yang dimiliki oleh wanita tinggi lampai ini. Hanya melalui protokol yang ringkas pertemuan kami berlangsung di kediamannya yang terletak di pinggir ibu kota.

Naluri keibuan terbit secara semula jadi saat berbicara tentang permata hatinya. Memiliki anak kembar tiga melalui kaedah IVF merupakan cabaran luar biasa buat ibu muda ini. “Biasanya jika ada masa yang terluang saya untuk bermain dan berborak dengan anak-anak saya. Saya selalu ambil tahu apa sahaja aktiviti yang mereka jalankan sepanjang hari di sekolah. Anak-anak zaman sekarang begitu berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.

Ads

 

“4 Tahun Cuba IVF Baru Berjaya” – YM Tengku Puan Bendahara Perlis

 

Apabila mereka melihat kita ambil tahu tentang aktiviti yang lakukan secara tidak langsung mereka menghargai dan tahu bahawa kita sayangkan mereka. Ini lebih baik daripada membenarkan mereka bermain gajet setiap hari selepas pulang dari sekolah, makan dan tidur. Anak-anak saya tidak boleh menonton televisyen dan hanya boleh menontonnya pada hujung minggu sahaja. Komunikasi dua hala sangat penting dalam membesarkan anak-anak zaman era teknologi ini,” ungkap Tengku Puan yang melalui proses IVF.

Mencungkil cara pendidikan yang diterapkan oleh pemilik bersama Najwa Aesthetic Sdn. Bhd ini, ternyata menyuntik inspirasi kepada wanita lain. “Saya juga seperti ibu lain yang ada masanya akan marah jika mereka melakukan kesilapan. Jika tidak menegur, mereka tidak akan tahu apa kesilapan yang telah dilakukan. Namun, setiap hari saya masih belajar dengan ilmu keibubapaan dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak.

Tidak lengkap rasanya perbualan bersama Tengku Puan andai tidak bertanya tentang rejim penjagaan kecantikannya. “Amalan penjagaan kecantikan saya sama seperti wanita lain juga. Saya banyak mengamalkan minum air putih dan tidak mengambil minuman yang bergula. Saya suka makan nasi dan fanatik dengan masakan Melayu. Masakan Melayu kaya dengan khasiat ulam-ulaman dan saya suka segala jenis ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.

“4 Tahun Cuba IVF Baru Berjaya” – YM Tengku Puan Bendahara Perlis

Ads

Kunci kepada kecantikan saya adalah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya tidak mendapat tidur yang cukup pasti esok paginya akan sakit kepala dan tak ada mood. Paling lewat saya akan tidur pada pukul 11.00 malam. Rutin penjagaan wajah saya seperti biasa seperti menggunakan cecair pembersih wajah, menyapu penyegar dan memakai pelembap. Tetapi sejak mempunyai spa, saya memanjakan diri di spa sambil merawat kulit.

Bagi saya kecantikan sebenar seorang wanita adalah bermula daripada dalam. Apabila kita sentiasa ikhlas dalam pergaulan, hati bersih dan tingkah laku baik secara tidak langsung kecantikan luaran akan jelas terpancar. Kalau peribadi kita dibuat-buat orang nak datang dekat pun jadi takut-takut. Keperibadian yang baik adalah cermin sebenar setiap insan,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini yang gemar dengan penampilan smart casual.

“4 Tahun Cuba IVF Baru Berjaya” – YM Tengku Puan Bendahara Perlis

Ads

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI