Meskipun tiada lagi kelibat suami tercinta di sisi namun titipan doa buat arwah tidak pernah habis. Bertandang ke Tanah Suci pada awal Disember lepas, Nora Ariffin bukan hanya berkesempatan melaksanakan umrah buat dirinya.. lebih bermakna, dia turut berpeluang menunaikannya untuk arwah suami, Johan Nawawi.

Ads

Selesai melaksanakan ibadah umrah terakhir untuk arwah semalam, kenangan menjejakkan kaki ke Mekah empat tahun lalu bersama suami nyata sukar dilupakan. Terang Nora, “Alhamdulillah, empat tahun lepas saya datang ke sini bersama suami dan hari ini saya telah melaksanakan umrah untuk arwah suami saya.

Semoga Allah menerima amal ibadah saya untuk arwah suami dan diri saya sendiri. Siapa kita untuk menolak takdir Allah dan siapa kita untuk melawan ketentuan Allah. Kita kena sentiasa reda dengan semua yang terjadi kepada kita. Pasti ada hikmah.”

‘4 Tahun Lepas Datang Bersama, Hari Ini Saya Buat Umrah Untuk Arwah Suami!’ NORA ARIFFIN

‘4 Tahun Lepas Datang Bersama, Hari Ini Saya Buat Umrah Untuk Arwah Suami!’ NORA ARIFFIN

 

View this post on Instagram

Alhamdulillahhh Selesai umrah terakhir khas utk suami. Abang…….?? I baru selesai buat umrah utk you kali ni… Miss you paa….. Tak pernah terfikir sebelum ni, 4 tahun lepas dtg sama2, hari ini nora datang buat umrah BERNIAT utk arwah suami Johan Nawawi. Sangat sayu….Allah saja yg tahu. Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya. Moga Allah mendengar rintihan & makbulkan segala doa-doa & hajat saya… Moga doa saya sampai kepada Johan. In Shaa Allah kita bertemu disyurga. Allahuakbar. Aku hanya hambaMu yg lemah. Ampunilah dosa- dosa hambaMu ini. Ya Allah….Ya Rahman….Ya Rahim… Kurniakanlah aku dgn apa yg terbaik untukku dalam keredaaanMu. Berikanlah aku taufik & hidayah dlm segala hal. Alhamdulillahhh? #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Tambahnya lagi, “Arwah Johan selalu berpesan.. hargai dan bersyukur dengan setiap pemberian ikhlas seseorang tak kira hadiah besar atau kecil. Apa nilai sekalipun, banyak atau sedikit. Bersyukurlah. Kerana bila kita bersyukur maka Allah akan menambah lebih lagi.”

Mengikuti trip umrah bersama Zainal Kembara, pemergian Nora ke sana rupa-rupanya turut mendapat tajaan daripada seorang usahawan terkemuka.

Ads

‘4 Tahun Lepas Datang Bersama, Hari Ini Saya Buat Umrah Untuk Arwah Suami!’ NORA ARIFFIN

‘4 Tahun Lepas Datang Bersama, Hari Ini Saya Buat Umrah Untuk Arwah Suami!’ NORA ARIFFIN

“Alhamdulillah saya syukur pada Allah. Kerana membuka hati Dato’ Seri Vida untuk membawa saya ke sini. Tempat yang paling tenang di dunia.. menjadi tetamu Allah. Saya hanya mampu membalas dengan berdoa kepada Allah.

Ads

Semoga Dato’ Seri Vida diberikan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, diberkati, dirahmati paling penting dilindungi setiap masa. Berjaya dunia akhirat. Dato’.. wanita yang sangat cekal. Allah lebih mengetahui.”

Bekas komposer terkenal, Johan Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

 

Kredit: Instagram Nora Ariffin

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI