Fesyen

4 Tip Pilih Baju Ikut Warna Kulit, Elak Muka Kusam & Gigi Kuning!

Gara-gara terlalu minat dengan Maya Karin, kita pun beria-ia pakai kebaya hijau pucuk pisang supaya nampak serupa macam bintang pujaan. Tapi masalahnya bila dipakai, kita pula nampak tak berseri langsung!

Baju yang dipakai oleh orang berkulit putih tak semestinya nampak cantik bila dipakai oleh orang yang berkulit sawo matang. Macam orang bercinta, warna kulit dan warna baju pun harus ada chemistry tersendiri.

Mengambil nasihat Cik Lily yang juga pengasas dan pereka jenama Lily Petuna, Nona tertarik berkongsi tip-tip pemilihan baju ini agar penampilan anda kelihatan lebih menarik serta berkeyakinan. Semoga bermanfaat!

Semalam ada customer datang dan dia berkulit sawo matang. Dia tanya Cik Lily, baju warna apa yang sesuai sebab dia selalu ada masalah dengan warna baju. So, Cik Lily pun explain beberapa tip baju yang sesuai dengan warna kulit ni.

Untuk pengetahuan semua, pemilihan warna yang tepat akan memberikan anda:

  • Warna kulit yang lebih cerah.
  • Mata terlihat lebih indah.
  • Rambut terlihat lebih bercahaya.

Sementara pemilihan warna yang kurang tepat pula akan membuatkan:

  • Kulit terlihat lebih gelap dan kusam.
  • Gigi anda kelihatan kuning.

(a) Kulit gelap

Ramai wanita berkulit eksotik atau berkulit gelap kurang keyakinan diri apabila memilih warna pakaian. Sehingga mereka hanya memakai warna yang sama sahaja. Sebenarnya anda perlu memilih warna yang sesuai untuk kelihatan lebih seksi. Sebaiknya kenakan busana berwarna tanah yang lembut dan warna-warna premier seperti hitam, putih, biru lembut, merah, pink

tua, kuning atau lemon untuk kelihatan lebih cerah. Anda perlu menghindari warna busana yang terlalu kontras dengan warna kulit seperti warna turquoise, hitam, hijau daun, kuning lembut, rose dan pastel lembut.

(b) Kulit sawo matang

Wanita yang berkulit sawo matang sangat disarankan untuk memilih pakaian berwarna ungu, maroon dan silver. Untuk yang berkulit agak kecoklatan, perpaduan warna terang dan gelap akan terlihat mewah. Agar kelihatan lebih menonjol, warna lain yang sesuai adalah burgundy, beige dan navy. Cuba hindari warna merah dan coklat gelap. Paling penting, jangan sesekali memakai warna hijau lumut, hijau zaitun dan coklat gelap kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam.

(c) Kulit putih

Memiliki kulit putih tentunya memudahkan anda dalam memilih warna pakaian, namun sebenarnya anda akan terlihat lebih elegan saat mengenakan warna pakaian lembut seperti pastel. Anda juga pasti kelihatan lebih cantik jika memakai pakaian yang berwarna terang dan bercorak batik. Warna tersebut akan membuat anda terlihat sangat menarik dan rileks. Cuma, hindari warna purple lilac.

(d) Kulit kuning langsat

Wanita yang berkulit kuning langsat akan kelihatan lebih menarik apabila mengenakan warna-warna tropis seperti hijau, merah dan biru. Selain itu, warna jingga dan kuning juga akan membuatkan anda kelihatan lebih fashionable! Norzalina Mohd Alias

Sumber: Lily Petuna

Share
Published by
Norzalina