“4,015 Hari Yang Indah Mencintai Mu” Genap 11 Tahun Perkahwinan, USTAZ DON Kongsi Momen ‘Sweet’ Bersama Isteri

Tak pernah tak sweet Ustaz Don ni, kan?

Seorang pendakwah terkenal yang juga usahawan ini sering melayani dan menyantuni isterinya dengan penuh kasih sayang.

Bertuahnya Dr Husna dikurniakan seorang suami yang bukan sahaja bergelar ustaz ternama bahkan suami dan bapa yang penyayang, bertanggungjawab.

Hari ini, 23 Ogos 2023 genaplah 11 tahun Dr Husna atau nama penuhnya Dr Husna Mohd Zahry bergelar suri hati kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki yang sangat comel serta bijak iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.

NONA tertarik dengan hantaran video ringkas yang telah dimuat naik Ustaz Don di Instagram peribadinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka ini.

Ayat-ayat yang dititipkan buat isteri tersayang juga sangat romantik!

“4,015 Hari Yang Indah Mencintai Mu

“Dinda
Mencintaimu adalah sesuatu yang indah dalam hidupku,
Kerna;

“Aku bukan sehebat Sayyidina Ali, tetapi Allah menganugerahi-ku, kamu. Dan Allah menghiasi hidupku dengan kamu “Fatimah-ku”.

“Dinda
Di saat ini Cinta-ku
Aku berdoa agar, “hari itu kita berdua berlari-lari di tempat Kekasih Allah ‎ﷺ & Cinta Hati Baginda berlumba lari,

“Moga esok-esok إنْ شَآء الله kita berdua berlari-lari di Syurga Firdausi bersama yang kita cintai.”

“Kata pujangga KH Zawawi Imron


Kalau mendung hitam di atas kepala, jangan larang hujan turun ke bumi.

“Kalau angin bertiup dengan kencangnya, jangan larang daun-daun kering berguguran.

“Kalau senyummu selalu mekar dalam hati ku, jangan larang aku tetap setiap dan rindu pada mu.

“Aku menambah,
Dinda
Kalau memori indah bersamamu selalu bermain di minda ku, jangan larang aku memilih kamu dalam setiap hidup ku.

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-11
Adinda Puspitaku @husnazahry
23/08/23″

Dalam video tersebut, memaparkan Ustaz Don dan isteri sedang berlari di satu kawasan dipercayai tempat Baginda Rasulullah ‎ﷺ biasa berlumba lari dengan Saydatina Aishah ra.

“Dalam reel ni adalah kawasan Baginda Rasulullah ‎ﷺ biasa berlumba lari dengan Saydatina Aishah ra.”

Walaupun usia perkahwinan menjangkau lebih sedekad, Ustaz Don dan Dr Husna kekal bahagia bahkan makin romantik. Sentiasa berpimpin tangan setiap kali berjalan berdua.

Semoga Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna sekeluarga kekal bahagia sampai syurga. Relationship goals!

Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal, Dr Husna Zahry

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Amy Mohd