Penampilan kebanyakan aktres Bollywood seringkali mempesonakan. Mereka bukan hanya dikurniakan raut wajah yang menawan bahkan bentuk hidung dan mata yang ‘tajam’ sekaligus menjadi daya tarikan utama.
Ads
Berikut 5 aktres Bollywood pilihan NONA yang memiliki sepasang mata yang cantik.
AISHWARYA RAI
Dilahirkan pada 1 November 1973, Aishwarya Rai merupakan antara artis India tercantik di dunia. Tidak hairanlah Aishwarya Rai pernah dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 1994. Kemudian, barulah Aishwarya Rai menceburi industri perfileman.
Sememangnya, Aishwarya Rai terkenal dengan bakat lakonannya dalam kebanyakan filem Hindi. Selain itu, Aishwarya Rai sering mendapat pujian ramai dek kerana penampilannya yang sentiasa memukau. Aishwarya Rai juga menjadi sebahagian daripada talent serta wajah eksklusif dalam kebanyakan projek Hollywood dan jenama-jenama antarabangsa tersohor.
DEEPIKA PADUKONE
Deepika dilahirkan pada 5 Januari 1986, juga antara wanita tercantik di India. Penampilannya yang menawan menjadikannya terkenal di peringkat antarabangsa. Lakonan hebatnya bersama aktor terkenal, Shahrukh Khan dalam filem Om Shanti Om telah dihujani pujian dek kerana wajahnya yang sangat klasik.
Memiliki sepasang mata yang tajam, cantik serta menggoda. Apatah lagi dengan kehadiran lesung pipitd i pipi membuatkan Deepika sangat sweet! Deepika juga kelihatan sangat sempurna dengan fesyennya yang ada kelas tersendiri. Tidak hairanlah Deepika sangat berpengaruh dalam dunia hiburan Bollywood.
KAJOL DEVGN
Seorang aktres kelahiran India paling popular setakat ini. Siapa pun pasti terpesona dengan kecantikan asli Kajol. Wanita kelahiran 5 Ogos 1974 ini antara pelakon Bollywood paling berjaya pada era 90-an.
Bukan itu sahaja, Kajol juga berjaya meraih pelbagai anugerah ternama. Namanya melonjak naik sekitar tahun 1995 kerana dua buah filem berjudul Karan Arjun dan Dilwale Dulhania Le Jayenge meletup di pasaran.
Ads
Kajol juga sering muncul di pelbagai media kerana auranya sebagai salah seorang pelakon paling berjaya dalam pawagam Hindi. Memiliki sepasang mata berwarna coklat menambahkan lagi aura kecantikan Kajol.
KAREENA KAPOOR
Anak perempuan kepada pelakon Randhir Kapoor dan Babita ini dilahirkan dengan wajah menawan sejak kecil. Kareena memulakan kariernya sebagai aktres Bollywood dengan membintangi filem Refugee bersama Abhishek Bachchan.
Ads
Sehingga kini, Kareena sentiasa memancarkan aura kecantikan terutama menerusi mata hazelnya. Sangat memukau! Malah, Kareena masih kelihatan memukau biarupun usianya kini mencecah 40an. Tidak hairanlah isteri kepada Saif Ali Khan ini sering menarik perhatian umum.
NEHA SHARMA
Seorang pelakon dan model India yang turut memiliki kemahiran dalam reka bentuk fesyen dari Institut Teknologi Fesyen Kebangsaan New Delhi. Wanita yang dilahirkan pada 21 November 1987 ini mula memegang watak pertamanya dalam filem Telugu Chirutha yang ditayangkan pada 28 September 2007.
Nama artis bermata cantik ini mula melonjak naikd ketika dia berlakon dalam filem Jayantabhai Ki Luv Story. Dari segi penampilan, Neha sentiasa nampak natural dan glowing.
Neha juga sering muncul tanpa solekan dan mengekalkan kecantikannya itu dengan menjaga rutin kecantikan. Neha sentiasa memastikan dia kerap membersihkan wajah dan menyapu pelembap. Neha turut memiliki gaya fesyen yang mempesona dan luar biasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun tengok gambar raya Zakiah Anas di samping dua anak bujangnya baru-baru ini. Mana tidaknya, dah ‘besar panjang’ anak teruna bekas personaliti TV ini namun pesona dan keanggunan Zakiah masih memikat.
Sebut sahaja namanya, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaian Zakiah ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura wanita ini masih terkesan di hati penonton.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap cantik seperti dulu. Apatah lagi, dia menginjak usia 57 tahun pada Januari lepas.
Paling tak sangka, sudah dewasa anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 29 tahun sementara anak kedua pula berumur 26 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Sushmita Shubeer Sen atau lebih dikenali sebagai Sushmita Sen bukan lagi asing dalam industri seni India dan pertandingan ratu cantik dunia. Sebelum bergelar pelakon, nama Sushmita terpahat kemas dalam sejarah Miss Universe apabila jelitawan yang berasal dari Hyderabad ini merangkul gelaran tersebut pada tahun 1994. Sekali gus menjadikan dia wanita India pertama memenangi Miss Universe.
Dilahirkan pada 19 November 1975, Sushmita sememangnya memiliki pakej lengkap seorang ratu. Berketinggian 1.71 meter, figura ini tidak hanya berjaya memikat hati juri dengan rupa paras yang menawan bahkan seorang wanita bijak.
Memetik portal IMDb, ayah Sushmita iaitu Shubeer merupakan bekas Komander Tentera Udara India. Manakala ibunya, Subhra dilaporkan pereka barangan kemas. Sushmita juga mempunyai dua beradik iaitu Neelam dan Rajeev.
Dia pernah bersekolah di Air Force Golden Jubilee Institute dan Air Force Silver School di Delhi. Ketika zaman kanak-kanak, Sushmita dikatakan seorang gadis lasak dan banyak bergaul dengan rakan-rakan lelaki.
Walau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris namun Sushmita mula mempelajari bahasa itu hanya sewaktu berusia 16 tahun. Selain menguasai Bahasa Inggeris, dia juga boleh berbahasa Urdu dengan baik.
Mengimbas kembali pembabitan Sushmita dalam bidang peragaan, dia mula aktif ketika usia 15 tahun di Air Force Club Contest dan menyertai banyak peragaan fesyen selepas itu. Pada tahun 1994 ketika menginjak 18 tahun, Sushmita menarik perhatian dunia apabila memenangi Miss Universe yang berlangsung di Manila, Filipina.
Kira-kira dua tahun selepas kemenangan tersebut, Sushmita mewarnai dunia perfileman Bollywood menerusi filem Dastak dan kian melonjak naik dalam filem Biwi No 1 serta Main Hoon Na.
Bersandarkan kejelitaan yang dimiliki pastinya Sushmita tiada masalah untuk mempunyai kekasih hati. Namun, hakikatnya dia tidak pernah mengahwini mana-mana jejaka biarpun menjalin banyak hubungan cinta.
Memiliki naluri keibuan yang menebal dalam diri, Sushmita nekad berjuang untuk mengambil anak angkat. Berdepan pelbagai prosedur mahkamah untuk usaha itu, dia kemudian mendapat kelulusan mengambil kanak-kanak yang diberi nama Renee pada tahun 2000 dan sembilan tahun kemudian, Sushmita menjadi ibu bagi seorang lagi bayi perempuan iaitu Alisah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manohara Odelia Pinot namanya pernah terpalit dengan kontroversi di negara ini. Dia yang bakal berusia 31 tahun pernah mendirikan rumah tangga ketika usia muda 16 tahun pada tahun 2008 di Malaysia. Namun kembali ke negara kelahiran selepas berpisah dengan bekas suami.
Kian hidup bahagia di Indonesia dan tampil makin langsing, Manohara merupakan antara selebriti wanita popular negara jiran.
Dilahirkan pada 28 Februari 1992 di Jakarta, Manohara ialah anak kepada pasangan Daisy Fajarina dan George Manz.
Bersandarkan wajah cantik dan susuk tubuh tinggi lampai yang dimilikinya, Manohara bukan hanya bergelar peragawati malah menerima tawaran sebagai pelakon.
Wajah jelitanya pernah muncul di kaca TV membintangi beberapa sinetron antaranya Manohara, Loe Gue End, Perempuan Pembawa Berkah, EL dan banyak lagi.
Pada tahun 2019, nama Manohara kembali menjadi bualan apabila media Indonesia melaporkan jelitawan ini bertanding di salah satu kerusi di Jawa Timur.
Selain Manohara, vokalis Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani dan pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck, Arzeti Bilbina juga terjun ke arena politik.
Bagaimana pun, Manohara gagal dalam pilihanraya umum Indonesia atau Pemilu 2019.
Menyingkap penyertaannya dalam politik, Manohara dikhabarkan menyertai parti Nasional Demokrat (Nasdem).
Walau sudah melewati usia 30 tahun namun Manohara masih bersendiri dan belum menamatkan zaman janda.
Bahkan dia dilihat semakin aktif bergelar aktivis. Tidak sekadar membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik, Manohara juga turun padang menjayakan kempen memelihara alam sekitar dan hidupan liar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...