Penampilan kebanyakan aktres Bollywood seringkali mempesonakan. Mereka bukan hanya dikurniakan raut wajah yang menawan bahkan bentuk hidung dan mata yang ‘tajam’ sekaligus menjadi daya tarikan utama.

Ads

Berikut 5 aktres Bollywood pilihan NONA yang memiliki sepasang mata yang cantik.

AISHWARYA RAI
Dilahirkan pada 1 November 1973, Aishwarya Rai merupakan antara artis India tercantik di dunia. Tidak hairanlah Aishwarya Rai pernah dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 1994. Kemudian, barulah Aishwarya Rai menceburi industri perfileman.

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Sememangnya, Aishwarya Rai terkenal dengan bakat lakonannya dalam kebanyakan filem Hindi. Selain itu, Aishwarya Rai sering mendapat pujian ramai dek kerana penampilannya yang sentiasa memukau. Aishwarya Rai juga menjadi sebahagian daripada talent serta wajah eksklusif dalam kebanyakan projek Hollywood dan jenama-jenama antarabangsa tersohor.

DEEPIKA PADUKONE
Deepika dilahirkan pada 5 Januari 1986, juga antara wanita tercantik di India. Penampilannya yang menawan menjadikannya terkenal di peringkat antarabangsa. Lakonan hebatnya bersama aktor terkenal, Shahrukh Khan dalam filem Om Shanti Om telah dihujani pujian dek kerana wajahnya yang sangat klasik.

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Memiliki sepasang mata yang tajam, cantik serta menggoda. Apatah lagi dengan kehadiran lesung pipitd i pipi membuatkan Deepika sangat sweet! Deepika juga kelihatan sangat sempurna dengan fesyennya yang ada kelas tersendiri. Tidak hairanlah Deepika sangat berpengaruh dalam dunia hiburan Bollywood.

KAJOL DEVGN
Seorang aktres kelahiran India paling popular setakat ini. Siapa pun pasti terpesona dengan kecantikan asli Kajol. Wanita kelahiran 5 Ogos 1974 ini antara pelakon Bollywood paling berjaya pada era 90-an.

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Bukan itu sahaja, Kajol juga berjaya meraih pelbagai anugerah ternama. Namanya melonjak naik sekitar tahun 1995 kerana dua buah filem berjudul Karan Arjun dan Dilwale Dulhania Le Jayenge meletup di pasaran.

Ads

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Kajol juga sering muncul di pelbagai media kerana auranya sebagai salah seorang pelakon paling berjaya dalam pawagam Hindi. Memiliki sepasang mata berwarna coklat menambahkan lagi aura kecantikan Kajol.

KAREENA KAPOOR
Anak perempuan kepada pelakon Randhir Kapoor dan Babita ini dilahirkan dengan wajah menawan sejak kecil. Kareena memulakan kariernya sebagai aktres Bollywood dengan membintangi filem Refugee bersama Abhishek Bachchan.

Ads

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Sehingga kini, Kareena sentiasa memancarkan aura kecantikan terutama menerusi mata hazelnya. Sangat memukau! Malah, Kareena masih kelihatan memukau biarupun usianya kini mencecah 40an. Tidak hairanlah isteri kepada Saif Ali Khan ini sering menarik perhatian umum.

NEHA SHARMA
Seorang pelakon dan model India yang turut memiliki kemahiran dalam reka bentuk fesyen dari Institut Teknologi Fesyen Kebangsaan New Delhi. Wanita yang dilahirkan pada 21 November 1987 ini mula memegang watak pertamanya dalam filem Telugu Chirutha yang ditayangkan pada 28 September 2007.

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!
5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Nama artis bermata cantik ini mula melonjak naikd ketika dia berlakon dalam filem Jayantabhai Ki Luv Story. Dari segi penampilan, Neha sentiasa nampak natural dan glowing.

5 Aktres Bollywood Ini Punya Wajah Jelita, Bermata Cantik & Memukau!Neha juga sering muncul tanpa solekan dan mengekalkan kecantikannya itu dengan menjaga rutin kecantikan. Neha sentiasa memastikan dia kerap membersihkan wajah dan menyapu pelembap. Neha turut memiliki gaya fesyen yang mempesona dan luar biasa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI