Penampilan kebanyakan aktres Bollywood seringkali mempesonakan. Mereka bukan hanya dikurniakan raut wajah yang menawan bahkan bentuk hidung dan mata yang ‘tajam’ sekaligus menjadi daya tarikan utama.
Berikut 5 aktres Bollywood pilihan NONA yang memiliki sepasang mata yang cantik.
AISHWARYA RAI
Dilahirkan pada 1 November 1973, Aishwarya Rai merupakan antara artis India tercantik di dunia. Tidak hairanlah Aishwarya Rai pernah dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 1994. Kemudian, barulah Aishwarya Rai menceburi industri perfileman.
Sememangnya, Aishwarya Rai terkenal dengan bakat lakonannya dalam kebanyakan filem Hindi. Selain itu, Aishwarya Rai sering mendapat pujian ramai dek kerana penampilannya yang sentiasa memukau. Aishwarya Rai juga menjadi sebahagian daripada talent serta wajah eksklusif dalam kebanyakan projek Hollywood dan jenama-jenama antarabangsa tersohor.
DEEPIKA PADUKONE
Deepika dilahirkan pada 5 Januari 1986, juga antara wanita tercantik di India. Penampilannya yang menawan menjadikannya terkenal di peringkat antarabangsa. Lakonan hebatnya bersama aktor terkenal, Shahrukh Khan dalam filem Om Shanti Om telah dihujani pujian dek kerana wajahnya yang sangat klasik.
KAJOL DEVGN
Seorang aktres kelahiran India paling popular setakat ini. Siapa pun pasti terpesona dengan kecantikan asli Kajol. Wanita kelahiran 5 Ogos 1974 ini antara pelakon Bollywood paling berjaya pada era 90-an.
KAREENA KAPOOR
Anak perempuan kepada pelakon Randhir Kapoor dan Babita ini dilahirkan dengan wajah menawan sejak kecil. Kareena memulakan kariernya sebagai aktres Bollywood dengan membintangi filem Refugee bersama Abhishek Bachchan.
NEHA SHARMA
Seorang pelakon dan model India yang turut memiliki kemahiran dalam reka bentuk fesyen dari Institut Teknologi Fesyen Kebangsaan New Delhi. Wanita yang dilahirkan pada 21 November 1987 ini mula memegang watak pertamanya dalam filem Telugu Chirutha yang ditayangkan pada 28 September 2007.
This website uses cookies.