Memang stres kalau memiliki kulit kering. Lebih-lebih lagi kalau di ofis duduk dalam bilik berpendingin hawa dan tidur malam pun dalam bilik pasang pendingin hawa. Kulit kering ini bukan sahaja punca solekan berkuping malam membuat kulit tidak bermaya. Jika ada tergolong dalam zon kulit kering, jangan berlengah lagi. Ini adalah solusi pilihan krim pelembap yang wajib ada!
Shiseido Essential Energy Moisturizing Cream
Wanita di ambang awal 30an bergelut dengan kerjaya, keluarga dan keperluan peribadi yang tiada tara. Kebiasaannya pada usia begini wanita sudah mula mengabaikan kepentingan penjagaan kecantikan kulit akibat kesuntukan masa. Lantas Essential Energy Moisturizing Cream
daripada Shiseido ini memenuhi keperluan yang didambakan oleh setiap wanita. Mengangkat visi agar generasi akan datang terus memelihara kulit walau dipagut usia dan dikejar oleh waktu. Keupayaan krim ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit menjadi igauan setiap wanita.Setelah penat bekerja seharian kulit menjadi letih akibat terdedah kepada suhu yang tidak menentu dan juga akibat pendingin hawa yang keterlaluan serta solekan yang terlalu lama di atas permukaan kulit. Ketika di malam hari adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan kulit dan membenarkan nutrisi terpenting meresap masuk. Sothys telah memperkenalkan sebuah krim malam yang mampu merawat kulit di waktu malam demi kesejahteraan dan kecantikan kulit secara semula jadi. NO₂ctuelle™ Detox Resurfacing Overnight Cream adalah krim malam yang diperkaya dengan vitamin C yang kaya dengan antioksida dan merangsang penghasilan kolagen baharu.
Estee Lauder telah mengambil pendekatan holistik dalam rejim penjagaan wajah dengan memperkenalkan Perfectionist Pro Rapid Firm + Lift Treatment Acetyl Hexapeptide-8 terbaharu. Menjanjikan kulit anjal di tiga daerah kritikal iaitu pipi, tulang rahang dan garisan senyum yang degil. Hanya dalam tiga hari pasti sudah menampakkan perubahan yang diidamkan oleh setiap wanita.
Lancôme Advance Génifique Eye
Daerah mata merupakan pandangan pertama terlihat oleh pandangan. Mata juga adalah refleksi diri yang gembira, sedih atau penat. Oleh itu menjaga kulit di sekitar daerah mata perlukan penjagaan ekstra. Lindungi kulit mata dengan Advance Génifique Eye yang berkuasa melalui konsentrasi ultra probiotik dan kandungan ikonik aktifnya. Justeru kulit bawah mata lebih kuat dan terlindung daripada kesan yang tidak diingini.
Siapa kata penuaan tidak boleh ditangguhkan? Melalui bidang sains anti penuaan digabungkan bersama-sama dengan bibit-bibit kemewahan melalui paparan lembut Swiss line Cell Shock Luxe-Lift. Koleksi krim yang terbaik demi kekal kelihatan muda. Formula Cell Shock Luxe-Lift telah diperkaya dengan Kolagen Marin, satu bentuk kolagen tulen yang boleh dilarutkan; dan asid-asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam sutera, untuk memberikan output maksimum dalam pembinaan protein kolagen itu, dan seterusnya melembap dan memberi kesan-kesan penghalusan garisan kepada kulit itu.
This website uses cookies.