5 Malam Dah Berlalu, Sayu Melihat Suasana Solat Tarawih Di Masjid Negara

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam. Keistimewaan bulan ini bukan sahaja kita semua melaksanakan amalan berpuasa tetapi di dalamnya juga terdapat solat sunat yang tidak boleh dilakukan pada bulan-bulan lain, iaitu Solat Sunat Tarawih.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, umat Islam akan berpusu-pusu menuju ke masjid berdekatan kediaman masing-masing untuk menunaikan solat sunat Tarawih yang sangat dituntut dilakukan (sunat muakkad) ini.

Foto: Facebook Masjid Negara

Tapi, tahun ini sangat berbeza apabila orang ramai bersolat sunat tarawih di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ke-4 sehingga 12 Mei akan datang.

Foto: Facebook Masjid Negara

Sayu melihat suasana di Masjid Negara yang biasanya penuh dengan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih. Walaupun tanpa makmum yang ramai namun solat sunat tarawih di Masjid Negara tetap dilaksanakan.

Malam Pertama;

Foto: Instagram @masjidnegaramalaysia

Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan: YBhg. Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani al-Hafiz.
(Surah Al Baqarah; 1 – 69)

1 Ramadan (Malam kedua);

Foto: Instagram @masjidnegaramalaysia

Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan: YBhg. Ustaz Muhammad Asim Salleh Sani al-Hafiz.
(Surah Al Baqarah; 70 – 119)

2 Ramadan (Malam ketiga);

Foto: Instagram @masjidnegaramalaysia

Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan: YBhg. Ustaz Malik Ahmah al-Hafiz
(Surah Al Baqarah; 120 – 176)

3 Ramadan (Malam keempat);

Foto: Instagram @masjidnegaramalaysia

Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan: Al-Fadil Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani al-Hafiz.
(Surah Al Baqarah; 177 – 219)

4 Ramadan (Malam kelima);

Foto: Instagram @masjidnegaramalaysia

Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan: Al-Fadil Ustaz Muhammad Asim bin Salleh Sani al-Hafiz. (Al Quran muka surat; 35 – 42)

Solat sunat tarawih di Masjid Negara ini boleh disaksikan secara langsung di Facebook Masjid Negara.

Share
Published by
Hamizatul Maizan