Suaminya, Mukesh Ambani bukan hanya lelaki terkaya di India selama 12 kali berturut-turut malah dengan nilai kekayaan yang mencecah sehingga USD48.1 bilion… turut menjadikan suami Nita Ambani ini mendapat gelaran sebagai Lelaki Terkaya Di Asia dari Forbes pada tahun 2017. Sekaligus mengatasi kekayaan milik usahawan terkemuka Alibaba, Jack Ma.

Ads

Mengintai latar belakang wanita terkaya India ini, Nita Ambani yang dilahirkan pada 1 November 1963 di Mumbai sebenarnya berasal dari keluarga kelas pertengahan. Kompas hidupnya berubah ketika Dhirubhai Ambani dan isteri, Kokilaben yang merupakan ibu bapa Mukesh Ambani tertarik dengan personaliti Nita ketika dia membuat persembahan tarian klasik Bharatnatyam dalam sebuah majlis yang dihadiri pasangan konglomerat terkenal India berkenaan.

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!
Nita di samping suami, Mukesh Ambani

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun! 5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!

Selepas selesai membuat persembahan, Dhirubhai menghubungi Nita untuk melamarnya sebagai menantu. Terkejut dengan pelawaan itu Nita terus meletakkan telefon kerana menganggap ia hanya gurauan daripada orang tidak dikenali. Namun detik itulah yang
menjadi permulaan kisah romantis jelitawan ini dengan ikon perusahaan India, Mukesh Ambani.

Bergelar isteri pada usia 22 tahun, keprihatinan Nita untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak bangsa India telah membuatkan dia memilih untuk menjadi guru selama beberapa tahun. Sepanjang tempoh itu, dia juga telah membina banyak sekolah khususnya
bagi golongan miskin dan kanak-kanak istimewa.

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!
Nita juga pemilik kelab kriket di India

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!

Disebabkan usaha murni tersebut, Nita telah dilantik sebagai pengerusi Dhirubhai Ambani International School iaitu sebuah sekolah premier yang menyediakan pendidikan berprestasi tinggi di Mumbai dan menjadi sekolah terbaik di India buat kali keempat berturut-turut dari Education World. Selain itu, Nita Ambani turut menjadi wanita India pertama menjadi ahli International Olympic Committee (IOC) dan menjadi penyampai pingat acara Women’s 400m Freestyle di Sukan Olimpik Rio 2016.

Lebih 30 tahun mendirikan rumah tangga, Nita dan Mukesh Ambani dikurniakan tiga orang anak iaitu sepasang kembar, Isha dan Anash serta seorang anak lelaki, Anant. Keluarga ini tinggal di bangunan pencakar langit 27 tingkat di Mumbai dengan anggaran kos pembinaan sehingga USD1 bilion dan menjadi hartanah kedua termahal di dunia selepas Istana Buckingham.

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!
Bangunan kediaman Nita Ambani sekeluarga yang turut ada heli pad

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun! 5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!

Ads

Melihat kulit putih gebu dan susuk tubuh langsing Nita Ambani pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini berusia 56 tahun. Dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir, membuatkan Nita sentiasa menjadi inspirasi dan idola di India. Memetik kenyataan Nita menerusi Her Zindagi, isteri bilionair ini sangat menggemari diet sayuran hijau, jus buah-buahan dan mengelak makanan berminyak.

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!
Di samping anaknya, Isha Ambani
5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!
Ramai selebriti Bollywood menjadi kenalan rapat Nita Ambani

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!

5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun! 5 Ramuan Detoks, Rahsia WANITA TERKAYA INDIA Ini Miliki Kulit Gebu & Cantik Usia 56 Tahun!

Ads

Sementara itu, salah satu cara dia mendapatkan kulit yang mulus ialah dengan pengambilan minuman detoks. Terdapat 5 ramuan minuman detoks yang diamalkan Nita
iaitu buah tembikai dan rosemary, lemon, buah limau dan strawberi atau timun. Di samping itu, Nita juga mengambil jus ubi bit setiap hari yang dipercayai mengandungi tinggi antioksidan dan meningkatkan hemoglobin dalam badan seterusnya menyerlahkan kulit kemerah-merahan serta anjal.

 

Sumber: South China Morning Post, Business Insider

Kredit foto: Instagram Nita Ambani

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI