Banyak perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu akal fikiran ketika di pejabat, tetapi yang paling kerap dan agak merungsingkan adalah ‘sifat cemburu’ rakan sejawatan.

Golongan profesional tidak terkecuali mengalami perasaan cemburu ini. Cemburu boleh jadi sekali-sekali atau sepanjang masa.

Ads

Tahukah anda bagaimana rasanya jika ketua anda memuji-muji rakan sejawatan anda kerana kualiti kerjanya atau ketika hanya namanya sahaja yang disebut-sebut untuk kenaikan pangkat?

Perasaan ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah. Jika anda menjadi punca rakan-rakan merasa cemburu, hal ini disebabkan oleh kemampuan dan kredibiliti anda yang ditakuti oleh rakan lain.

Jadi apa harus dilakukan jika rakan sekerja ingin menjatuhkan anda kerana sifat cemburu sedangkan anda mahu menapak dan terus berjaya dalam kerjaya anda? 5 tip ini membantu anda menepis sifat teman-teman terhadap cemburu ini.

(1) Jadi rakan sepasukan yang baik

Anda bekerja tekun untuk mendapatkan kedudukan yang stabil di dalam sesebuah organisasi, melakukan tugasan khas dengan baik dan menerima pujian dari ketua, yang membuat anda terlupa menumpukan perhatian pada persekitaran tempat kerja.

Walaupun anda cuba untuk tidak menghiraukan orang sekeliling anda atau rakan sepasukan, atau cuba mengetepikan pujian ketua terhadap anda, anda tetap terdedah dengan risiko dikritik rakan sekerja. Anda boleh sahaja, cuba mengelak perkara ini seperti gunakan lebih perkataan ‘kami’ ketika mengutarakan pendapat berbanding ‘saya’, dan cuba dapatkan bantuan daripada rakan sekerja jika anda mengendalikan projek penting.

Sekalipun prestasi anda ibarat bintang yang menyinar, sebarkan pujian itu kepada rakan di dalam pasukan anda dan puji mereka sebanyak bagaimana anda menerimanya. Ini tidak bermakna anda harus menutup atau merasa malu dengan hasil kerja baik yang anda lakukan, tetapi menjadi lebih ‘sensitif’ kepada rakan sekeliling, mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa untuk orang lain.

(2) Dapatkan bantuan

Tiada peraturan mengatakan anda perlu bergerak secara solo ketika berjuang di tempat kerja. Jika anda kurang senang terhadap tindakan rakan sekerja yang mencemburui anda, mengadu hal ini kepada ketua anda.

Jika anda tidak inginkan rakan sekerja anda bertindak melampaui batasan, anda harus mendahuluinya dengan melaporkan kepada ketua agar dia faham situasi anda. Hakikatnya, rakan sekerja anda merasai begitu akibat tindakan ketua anda sendiri.

Contohnya, kemungkinan rakan sekerja anda cemburu kerana peluang kenaikan pangkat untuknya terlepas dan tiada jalan untuknya maju ke hadapan. Tetapi ini tiada kena mengena dengan diri anda, jadi lebih mudah baginya untuk melepaskan tekanan perasaannya terhadap anda, berbanding ketua anda.

Ads

Jika ketua anda memahami isu ini, kedua mereka harus memahami puncanya. Namun pastikan, anda menguasai perbualan dengan ketua anda secara profesional dan berhati-hati. Cara ini tidak membantu sekiranya, anda akhirnya didapati cuba mengkhianati rakan sekerja anda.

(3) Jauhi perangkap gosip

Rakan sekerja yang cemburu gemar bergosip dan menyebarkan cakap-cakap kosong kepada rakan-rakan mereka terhadap anda, yang dianggap cuba menyekat pintu rezeki mereka. Apa pun yang anda lakukan, cuba jauhi gosip negatif yang lebih banyak buruk dari baik ini.

Jika anda dengar gosip terhadap anda atau orang lain, jauhkan diri. Jika anda terlibat, rakan-rakan lain akan menyedari anda adalah gunting dalam lipatan dan mereka beranggapan khabar angin juga boleh datang dari orang ‘harapan’ di dalam syarikat.

Ads

(4) Dokumenkan pemerhatian anda

Sebahagian rakan sekerja yang cemburu, sanggup bermain taktik kotor dan cuba mensabotaj karier rakan-rakan sekerja yang berjaya. Jika anda terperangkap dalam situasi ini, anda harus berjaga-jaga dan mula jaga kepentingan diri anda.

Catat maklumat terperinci jika perkara yang bukan-bukan mula tersebar terhadap diri anda dan pastikan anda bukti yang kukuh untuk membuktikan khabar angin negatif terhadap kebolehan anda. Semoga ketua anda mampu menilai khabar angin yang didengar sama ada betul atau tidak.

(5) Kekalkan profesionalisme anda

Cemburu di tempat kerja boleh jadi sesuatu yang menyakitkan, tetapi apa yang anda harus lakukan adalah kekalkan tahap profesional anda dan buat kerja yang diberikan sebaik mungkin.

Jangan ambil pusing sangat kritikan yang didengar terhadap diri anda dan jangan mengambil kesempatan ini untuk menyerang balik mereka yang cemburu terhadap anda. Mereka mencemburui kebolehan dan kejayaan anda, jadi ia positif.

Cuma anda harus membuktikan pada mereka anda sebenarnya memang berkebolehan. Hanya itulah sahaja caranya untuk menang di tempat kerja. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI