5 Panduan Mudah Melakukan Senaman Di Bulan Ramadan!

Pejam celil pejam celik, hari ini sudah masuk pertengahan bulan Ramadan. Tidak dapat dinafikan, di sebalik kemeriahan menyambut bulan mulia ini sudah pasti tubuh badan kita akan berasa agak lemah dan lesu kerana berpuasa.

Oleh itu, apa kata kita bersama-sama melakukan senaman untuk kekal cergas semasa berpuasa. Ikuti artikel ini untuk mengetahui panduan mudah bersenam semasa berpuasa di bulan ramadan.

1. Waktu terbaik bakar lemak?

Sejam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah iaitu tidak melebihi 65% kadar maksimum degupan jantung seperti slow jog, brisk walk mengikut kemampuan individu, sukan santai dan lain-lain. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.

Panduan: Untuk memastikan anda dalam lingkungan 65% kadar degupan jantung, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.

Keselamatan: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, disyorkan melakukan senaman ringan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau kawasan awam. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa.

2. Senaman HIGH Intensity boleh?

Tidak digalakkan melakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, sukan kompetitif,kardio intensiti tinggi cardio dalam keadaan berpuasa.

Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh mengakitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Tolong mengutamakan keselamatan diri.

Diet yang popular seperti Intermittent Fasting (IF) membenarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa, tetapi “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF membenarkan minum air yang tidak berkalori semasa berpuasa.

3. Jadi bila nak buat HIIT atau senaman berat?

Hanya selepas berbuka puasa latihan berat dibenarkan. Bagaimana kalau nak bersenam terus selepas berbuka? Makan makanan dan minuman yang mudah dihadam dan elakkan makanan pejal serta mengelakkan makan dalam kuantiti yang banyak.

Tunggu 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2 biji, air suam, air 100Plus dan whey protein iaitu sejenis protein yang mudah hadam. Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau senaman berat dalam 60-90min selepas berbuka.

4. Tak nak senam di bulan puasa boleh?

Tidak menjadi masalah untuk memilih tidak melakukan senaman, mengurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan ramadhan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala sel-sel tubuh.

Atlet bertaraf dunia juga mempunyai masa untuk berehat dari melakukan . Tidak salah untuk berehat dari segala activiti kecergasan dan memberi tumpuan kepada amalan rohani di bulan ramadhan.

5. Terawih tu boleh kira senaman?

Ia membakar kalori mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada tempoh dan suhu masjid/surau. Tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Disamping mendapat pahala ia tetap bantu kesihatan jasmani dan rohani lagi-lagi kalau berjalan kaki ke masjid.

Ramadhan adalah bulan yang baik untuk fokus kepada aspek kehidupan yang lain termasuk akhirat, mengeratkan silaturrahim dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.

Share
Published by
Fadhli Ismail