Demi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina, warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin-pemimpin wanita ketika pandemik COVID-19 sedang aktif di seluruh dunia.
Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh jutaan orang di seluruh dunia.
Ads
Berdasarkan laporan Astro Awani, berikut beberapa pemimpin wanita dan prestasi mereka sepanjang menguruskan pandemik ini.
(1) Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand
Ardern telah beberapa kali menarik perhatian dunia atas prestasi kepimpinannya yang cemerlang sekali gus memberi nafas baru kepada arena politik yang didominasi oleh lelaki.
Ekoran wabak COVID-19 yang melanda New Zealand, Ardern telah mengambil langkah awal dengan menutup kawasan sempadan dan melarang kemasukan warga asing.
Di samping itu, Ardern turut mengarahkan proses saringan besar-besaran bagi mengenalpasti sesiapa yang didapati positif wabak tersebut.
(2) Sanna Marin, Perdana Menteri Finland
Pemimpin termuda di dunia ini juga turut menonjolkan prestasi yang baik dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi wabak COVID-19.
Ini termasuk penutupan kawasan sempadan serta perintah kawalan lockdown dan penutupan perniagaan-perniagaan tidak penting (non essential) serta institusi-institusi pendidikan.
Dalam pada itu, Finland mempunyai peraturan penjarakan sosial yang ketat dan rakyat komited dalam memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
“Kami ingin bergerak ke arah pengujian yang lebih meluas dan mengesan mereka yang terdedah,” kata Marin.
(3) Katrín Jakobsdóttir, Perdana Menteri Iceland
Ads
Biarpun memiliki populasi yang kecil iaitu sebanyak 360,000, Iceland aktif melakukan aktiviti saringan besar-besaran secara percuma dalam usaha menangani penularan pandemik ini.
Berbeza dengan negara-negara jiran, sekolah dan institusi pendidikan masih dibenarkan untuk beroperasi diikuti dengan pengawalan yang teliti serta saringan secara besar-besaran dipertingkatkan di negara itu.
Tidak dilupakan, penjarakan sosial juga menjadi amalan harian rakyat Iceland walaupun perintah kawalan tidak diwartakan di negara tersebut.
(4) Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan
Ads
Setelah mendapati bahawa wabak berbahaya ini mula menular di Taiwan, Tsai menguatkuasakan larangan kemasukan pesawat luar ke republik itu.
Kerajaan itu kemudian mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pengunjung yang tiba dari wilayah Wuhan, China.
Apabila sektor kesihatan di seluruh dunia kekurangan set peralatan perlindungan diri (PPE), Taiwan telah mengambil langkah awal dalam meningkatkan stok PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan negara itu.
Memetik laporan Time Magazine, Tsai berkata, “Hasil kerjasama pakar teknologi, farmasi dan kedai-kedai runcit, kami memulakan rancangan pembahagian pelitup muka dalam usaha mengatasi isu pembelian panik.”
(5) Angela Merkel, Canselor Jerman
Pemimpin Jerman yang penuh berpengalaman ini juga tidak dikecualikan dalam menonjolkan prestasi yang cemerlang.
Merkel, yang memiliki doktor falsafah (PhD) dalam kuantum kimia turut mendapat perhatian ramai dalam ucapannya di sebuah sidang akhbar di Berlin berkenaan kaedah ujian Reverse transcription polymerase chain reaction (RT PCR).
Merkel menampilkan karakternya yang tinggi dalam ilmu pengetahuan serta komited untuk mengatasi penularan wabak ini adalah membanggakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki musim cuti persekolahan ramai ibu bapa yang merencana pelbagai aktiviti untuk anak-anak. Ada yang merancang percutian dalam dan luar negara dan tidak kurang juga mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak teruna menjalani proses berkhatan. Memandangkan cuti akhir tahun ini agak lama tempohnya, dapatlah si anak berehat dan menikmati momen ‘fasa dewasa’ dengan tenang.
Jika dulu tok mudim dan pisau yang tajam menghantui imaginasi anak-anak apabila berkhatan, kini segala-galanya lebih mudah dan pantas. Bukan hanya dari segi masa prosedur yang singkat malah kesan pembedahan juga mampu sembuh sepenuhnya dengan cepat.
Sebagai pegawai perubatan yang telah terlibat dengan operasi berkhatan, Dr Abdul Rahim sudi berkongsi tip berguna buat anak-anak dan ibu bapa terutama sebelum, semasa dan selepas prosedur berkhatan. Semak panduan Dr Abdul Rahim ini seperti yang dikongsikan beliau dalam laman media sosial miliknya.
Sebelum hari bersunat
Pastikan anak anda sihat walafiat. Tak demam batuk
Makan minum secukupnya sebelum ke klinik. Elok mandikan seluruh tubuh badan sebelum jumpa doktor
Boleh bawa kain pelikat/kain batik kalau nak elak tersentuh pakaian lepas khatan. Hendak pakai seluar pun boleh saja tanpa pakai seluar dalam
Bagi semangat dan motivasi kepada anak-anak
Jika berkemampuan, hadiahkan keberanian anak-anak. Jangan janji yang bukan-bukan atau cakap kosong. Cakap tujuan kita orang Islam bersunat kepada mereka
Yang penting anak relax & ready menjalankan proses khatan yang sebenarnya mudah dengan teknologi canggih. Hanya ambil masa 10 – 15 minit saja
Semasa hari berkhatan
Selain anak, ibu bapa juga perlu tenang
Sebelum prosedur berkhatan doktor baca doa beri semangat kepada anak itu dan terus segerakan proses berkhatan menggunakan Laser Cautery
Anak-anak yang telah bersedia tidak akan menangis langsung waktu prosedur tapi kalau mind set tidak sedia, ada yang menangis, meraung, lompat turun daripada katil dan sebagainya
Pastikan ibu bapa sentiasa ada di klinik sepanjang anak dikhatankan supaya doktor mudah berkomunikasi jika berlaku sesuatu
Selepas berkhatan
Doktor sarankan kanak-kanak lepas sunat dipakaikan kain untuk memudahkan berjalan dan jaga kesan pembedahan
Makan ubat tahan sakit bila perlu
Elakkan kena air pada bahagian operation selama 3 – 4 hari sebelum datang ke klinik untuk dressing. Takut infeksi seperti bernanah, jika terjadi kena makan antibiotik
Hindar sebarang ubat-ubatan atau benda asing di kawasan berkhatan tanpa pengetahuan doktor kerana boleh memudaratkan bahagian tersebut
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim, Bayan Lepas, Penang
Sumber: Facebook DrRich DrRahim – DAR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat.
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.
“Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.
“Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf.
“Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti. Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini.
“Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri.
“Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehebatan Chef terkenal kelahiran Scotland ini dalam dunia masakan tak perlu dipertikaikan lagi. Figura yang mempunyai nama Gordon Ramsay ini terkenal seluruh dunia kerana merupakan seorang personaliti TV.
Foto: Instagram @gordongram
Siapa sangka, bidang masakan juga boleh mengangkat seseorang menjadi salah seorang paling kaya di dunia. Pada 2019, lelaki yang juga merupakan penulis buku ini telah tersenarai sebagai selebriti berpendapatan ke-35 tertinggi di dunia oleh Forbes. Manakala penyanyi tersohor Rihanna di tangga ke-36 ketika itu.
Foto: Instagram @gordongram
Kini lelaki yang berusia 54 tahun ini telah memiliki Tujuh Bintang Michelin. Kalau siapa biasa mengikuti perkembangan dunia masakan tentu tahu apakah Bintang Michelin itu.
Bintang Michelin ini sebenarnya satu pengiktirafan kepada pengusaha restoran dan chef. Bagi sebuah restoran dan chef apabila dikurniakan Bintang Michelin ini merupakan pengiktirafan tertinggi dan sangat-sangat diidamkan.
Namun, untuk mendapatkannya bukan suatu perkara mudah dan banyak kriteria diambil kira sebelum dianugerahkan bintang ini.
Foto: Instagram @gordongram
Memegang gelaran chef kedua terkaya dunia, Gordan Ramsay memiliki rangkaian restoran di seluruh dunia. 35 buah restoran dari selatan New Zealand sehingga di kawasan pergunungan Maghribi.
Nampaknya, Malaysia di antara negara bertuah kerana bakal menjadi restoran ke-36 milik lelaki yang disenaraikan sebagai antara chef terbaik dunia ini.
Foto: Instagram @gordongram
Restoran yang berlokasi di Hotel Sunway Resort, Kuala Lumpur mengetengahkan konsep Bar and Grill. Dikhabarkan proses pengubahsuaian restoran itu termasuk kos renovasi keseluruhan hotel mencecah kos sehingga AS$60 juta (RM249 juta). Restoran tersebut mengunakan sistem franchise.
Agak-agaknya macam mana dekorasi restoran yang makan belanja ratusan juta itu. Berapa pula harga sebiji burger yang bakal dijual di situ nanti.
Gordon Ramsay bersama salah seorang daripada lima orang anaknya. Foto: Instagram @gordongram
Bapa kepada lima orang anak ini dilaporkan membuat keputusan untuk membuka restoran ke-36 di Malaysia kerana teruja melihat pembangunan dan semangat luar biasa yang dimiliki oleh negara kita.
Foto: Instagram @gordongram
Tak mustahil lelaki ini mampu mengeluarkan kos ubahsuai restoran sehinga ratusan juta ringgit kepada dilaporkan pada tahun 2020, kekayaan bersih Gordon Ramsay dianggarkan bernilai AS$220 juta (RM926 juta).
Foto: Instagram @gordongram
Kebanyakan pendapatan ini diperoleh daripada rancangan TV popularnya seperti Hell’s Kitchen, Kitchen Nightmares dan Master Chef.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.Penampilannya yang menawan dan fit...