5 Penghantar Makanan Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Ustaz Ebit Lew.”Semoga mereka ini terus kuat dan diluaskan rezeki”.

“Semakin banyak kita memberi, maka akan semakin banyak kita menerima”. Mungkin istilah tersebut sangat tepat untuk menggambarkan orang-orang yang rajin bersedekah.
Diantara waktu yang paling baik untuk bersedekah adalah di hari Jumaat. Bahkan, disebut sebagai sayyidul ayyam atau pemimpin hari-hari lainnya. Dimana pada hari itu, Allah membuka langit ampunan bagi hambaNya, segala doa akan dikabulkan, dan amalan-amalan baik akan dilipatgandakan pahalanya, termasuk sedekah.

“Dan tidak ada matahari yang terbit dan terbenam pada suatu hari yang lebih utama dibanding hari Jumaat. Bersedekah pada hari Jumat lebih besar pahalanya daripada semua hari lainnya”. (Imam Abdurrazaq dalam kitab Al-Mushannaf).

Rezeki hari Jumaat, penghulu segala hari!. Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiahkan lima buah basikal boleh lipat kepada lima orang penghantar makanan yang sebelum ini menghantar pesanan makanan dengan berjalan kaki.

Memetik posting di laman Instagramnya, Ebit memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penerima tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.

“Seronok hari ini beli basikal lipat lima buah untuk dihadiahkan kepada adik-adik ini. Mereka hantar makanan jalan kaki.

“Purata seminggu mereka peroleh RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan baik-baik. Ada seorang kakak ibu tunggal, datang ke sini menaiki LRT. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Menurutnya, semua penghantar makanan itu tidak mempunyai lesen dan tidak memiliki kemudahan motosikal ataupun basikal.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang hendak bawa naik LRT, dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh, istimewa untuk mereka.

“Saya juga beri sedikit duit belanja untuk lima orang penerima ini dan yang berada situ tadi. Semoga mereka ini terus kuat dan diluaskan rezeki,” katanya lagi yang sentiasa prihatin terhadap individu yang berusaha untuk merubah taraf kehidupan dengan sebaik mungkin.

“Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing.

Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah.

Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan rm700 ke rm800. Sayu hati ni.

Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.

MasyaAllah, begitu dahsyatnya keutamaan bersedekah di hari Jumaat. Semoga Allah senantiasa memudahkan kita untuk menunaikan sedekah. Selain itu, meluaskan maaf dan rezeki bagi kita semua. Jangan takut untuk bersedekah dan mengulurkan tangan kepada mereka yang membutuhkan. Sedekah kita untuk kesejahteraan dan mewujudkan harapan kaum dhuafa. Amin.

Share
Published by
Rosmah Idayu