Akibat terlalu kerap menangis ketika melakonkan babak sedih dalam filem ‘Surat Kecil Untuk Tuhan’, Bunga Citra Lestari dikesan mengalami masalah eyebag yang teruk. Ia menyebabkan kecantikan aktres Indonesia ini sedikit terjejas kerananya,  

Selain menangis, tabiat susah tidur, tekanan, alahan, faktor keturunan, water retention dan sebagainya merupakan antara punca masalah eyebag atau kantung mata di kalangan wanita.

Ads

Jika wanita popular seperti Bunga Citra Lestari pun tidak boleh lari daripada masalah eyebag, tentu kita sebagai wanita biasa pun selalu dihantui masalah yang sama. Nah, jangan runsing. Selain kuasa solekan, anda juga boleh menghilangkannya dengan petua berikut.

(a) Kuning telur + lemon

5 Petua Paling Berkesan Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Guna BAHAN DAPUR Jer!

Campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon kemudian bancuh bahan tersebut sampai sebati. Sapukan di bahagian eyebag sebelum tidur dan cuci keesokan harinya.

(b) Minyak badam

5 Petua Paling Berkesan Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Guna BAHAN DAPUR Jer!

Minyak badam baik untuk mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi. Caranya, sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Petua ini juga membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar kelihatan tidak kusam.

(c) Uncang teh

Ads

5 Petua Paling Berkesan Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Guna BAHAN DAPUR Jer!

Selepas merendam teh, uncangnya jangan dibuang. Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10-15 minit. Kemudian tekapkan uncang pada bahagian mata selama 15 minit sama ada sebelum atau selepas bangun tidur.

(d) Kentang

Ads

5 Petua Paling Berkesan Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Guna BAHAN DAPUR Jer!

Kentang mengandungi enzim yang membantu mencerahkan kulit wajah. Cara menggunakannya, cuci kentang dan hiris kepada beberapa keping. Tekapkan hirisan ini di bahagian eyebag selama 10-20 minit sama ada sebelum dan selepas tidur.

(e) Timun

5 Petua Paling Berkesan Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Guna BAHAN DAPUR Jer!

Petua yang tak pernah mengecewakan. Hiris timun menjadi kepingan bulat kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit. Petua ini boleh dilakukan setiap hari dan ia juga bagus untuk merehatkan mata yang pedih. Selamat mencuba! Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI