Sandra Bullock, aktres top dan terkenal di era-90 an ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemilik nama Sandra Annette Bullock yang lahir di Arlington, Virginia ini mulai terkenal selepas memegang watak Annie Porter di dalam filem Speed bersama Keanu Reeves, serta watak Gracie Hart menerusi filem Miss Congeniality.
Menerusi filem The Blind Side, Sandra akhirnya berjaya mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar pada Anugerah Akademi 2010. Pada 2010, Sandra Bullock menjadi pelakon paling mahal kerana dibayar RM180 juta. Majalah Forbes melaporkan dia meraih AS$56 juta (RM180 juta) antara Jun 2009 hingga Jun 2010.
Selain dari bakat yang dianugerahkan, Sandra Bullock juga adalah antara selebriti Hollywood popular yang jelita, kekal awet muda seakan tidak dimamah usia. Pada usianya yang ke 58 tahun, Sandra kekal anggun, menawan dan tetap menjadi pilihan utama pengarah dan produksi filem Hollywood. Jadi apakah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan Sandra. Jom kita semak.
- Tidak berlebihan bila melibatkan soal penjagaan kulit.
Sandra seorang yang minimalis apabila melibatkan kulit wajahnya. Menurut sumber Majalah InStyle, Sandra lebih suka mengamalkan yang minimum dalam rutin kecantikannya dan enggan berlebihan. ‘Saya menggunakan tuala muka dan krim Artistry.’ Malah, akui Sandra lagi, ‘keseluruhan rutinnya mengambil masa lapan minit sahaja.’
- Eksfoliasi seminggu sekali.
Ketika temubualnya bersama majalah Vogue, pakar kecantikan selebriti Mila Morsi, yang pernah bekerja dengan Sandra Bullock, berkongsi bahawa Sandra membersihkan kulit wajahnya dengan produk eksfoliasi setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaannya. Ini bagi membebaskan liang-liang wajah yang tersumbat daripada pencemaran dan minyak.
- Rutin senaman
Jika dilihat fizikal Sandra, memang dia dilihat sangat fit dan cergas. Ditanya apakah rutin aktifnya, Sandra berkongsi, “Saya banyak melakukan aktiviti seperti pilates, kickboxing serta latihan bebanan. Apabila saya berada di Austin, saya gemar berlari atau menunggang basikal saya. Jika saya mempunyai masa untuk bersenam setiap hari, saya pasti akan melakukannya. Menurut Trevante Rhodes, yang membintangi filem Bird Box bersama Sandra Bullock, aktres itu dilihat sangat mementingkan kecergasan.
- Terapi tarian
Tekanan boleh mendatangkan kemudaratan dalan semua aspek kehidupan kita, dan kulit kita juga tidak terkecuali. Ditambah pula dengan tekanan populariti dan tuntutan kerja. “Setiap minggu saya akan mencuri masa dengan memakai seluar jeans, menyisirkn rambut dan mencari tempat untuk menari dan berdansa, walaupun saya bersendirian. Itulah terapi saya,” katanya kepada majalah Instyle.
- Tak takut untuk bereksperimen
Walaupun Sandra seorang yang ‘simple’ dalam rutin penjagaan kulit wajahnya, Sandra juga mengakui dia tidak takut untuk mencuba trend kecantikan terkini. Ketika mempromosikan filem Ocean’s Eight , Sandra mengakui telah mencuba sesi perawatan wajah Epidermal Growth Factor (EGF) yang diperkenalkan oleh jurugaya selebriti Georgia Louise.
EGF adalah protein yang secara alami ada di kulit manusia dan membantu memproduksi kolagen dan elastin yang menjaga kulit tampak awet muda. Seiring bertambahnya usia, wajah kita akan mulai kehilangan EGF yang kita miliki sejak lahir. Bullock menjelaskan bahawa serum EGF yang disapu ke atas kulit kemudian diulangi dengan pena mikro.