Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa kebanyakan wanita Jepun berpinggang kecil dan ramping? Tak mungkin kerana diet semata-mata bukan?
Sebenarnya tak perlulah menyeksa tubuh dengan diet ketat kerana badan yang langsing dipengaruhi oleh tabiat pemakanan kita. Cuba contohi tabiat wanita Jepun ni, selain menguruskan, 5 rahsia di bawah juga mampu menjadikan wajah cantik berseri!
(1) Makan dengan perlahan
Orang Jepun amat mengutamakan soal kesopanan. Mereka percaya pada prinsip makan dengan perlahan agar nampak sopan. Secara automatik, para wanitanya akan mengunyah dengan lebih lama sampai perut kenyang. Ini juga memudahkan perut mencerna makanan dengan baik.
(2) Jangan makan junk food dan lebihkan makanan segar
Kita boleh meniru kebiasaan wanita Jepun yang menghindari makanan berkalori tinggi seperti junk food. Mereka menggemari makanan yang segar seperti ikan, rumpai laut, sushi dan sebagainya. Pengambilan makanan junk food secara berlebihan juga akan meningkatkan kalori dan membuncitkan perut.
(3) Sarapan pagi pada waktu yang sama
Ramai wanita suka meninggalkan sarapan pagi agar perut terlihat rata. Sedangkan wanita Jepun jarang melewatkan sarapan dan makan pada waktu yang sama setiap hari. Mereka percaya bahawa sarapan amat bagus diambil sebelum melakukan aktiviti, mendapatkan nutrisi serta tenaga secukupnya.
(4) Memasak tanpa minyak
Orang Jepun mengamalkan kaedah memasak yang sihat seperti cara rebus, kukus, panggang atau goreng dengan minyak sedikit. Ini berbeza dengan kebiasaan kita yang suka menggoreng celup atau deep fry. Padahal sudah jelas minyak boleh menyumbangkan kalori yang banyak hingga menaikkan berat badan.
(5) Makan secukupnya
Wanita Jepun memegang prinsip iaitu makan secukupnya. Mereka akan berhenti makan sebelum kenyang dan mengudap sekadar menghilangkan lapar saja. Porsi yang diambil juga terkawal. Mereka juga jarang membeli makanan sembarangan di luar dan suka membawa makanan sendiri di rumah yang lebih terjamin kebersihannya.
This website uses cookies.