5 Selebriti Wanita Hollywood Ini LULUSAN UNIVERSITI Bertaraf Dunia. Inspirasi!

Tidak sekadar memiliki rupa paras yang cantik jelita, telah terbukti juga mereka ini memiliki kehebatan tersendiri dalam bidang seni yang diceburi.

Malah, mereka ini antara yang dikategorikan sebagai selebriti wanita antarabangsa yang hadir dengan pakej iaitu cantik dan bijak. Sebab itulah perjalanan seni mereka tidak dicemari dengan kontroversi murahan semata-mata untuk dikenali.

Sekadar memberi beberapa contoh, Nona senaraikan 5 selebriti wanita terkenal yang sinonim dengan gelaran beauty with brain.

1. EMMA WATSON
Nama aktres jelita kelahiran Perancis yang dibesarkan di England ini mula dikenali ramai kerana lakonannya sebagai Hermione dalam filem bersiri, Harry Potter,

filem adaptasi daripada novel terkenal.
Kredit Foto: Instagram Emma Watson.
Kredit Foto: Instagram Emma Watson.

Gadis manis ini merupakan graduan Brown University jurusan kesusasteraan Inggeris. Disebabkan kepintaran dan bakatnya, Emma diangkat sebagai duta perwakilan termuda bagi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

2. JULIA STILES
Julia pernah berlakon dalam filem The Prince and Me, dan juga The Bourne Identity bergandingan dengan bintang ternama iaitu Matt Damon.

Kredit Foto: Instagram Julia Stiles.
Kredit Foto: Instagram Julia Stiles.

Julia merupakan graduan Columbia University dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris. Dia juga memperoleh Ijazah Sarjana bersama penganugerahan pencapaian cemerlang dari pihak universiti.

3. NATALIE PORTMAN
Pelakon jelita bertahi lalat di pipi ini mula dikenali menerusi filem lakonan antaranya Black Swan.

Kredit Foto: Instagram Natalie Portman.
Kredit Foto: Instagram Natalie Portman.

Selain cantik dan berbakat besar dalam dunia lakonan, Natalie merupakan graduan lulusan Harvard University jurusan psikologi. Natalie berjaya buktikan bahawa dia tidak bersandarkan kepada kecantikan saja malah dia juga bijak dalam akademik.

4. ELIZABETH BANKS
Pernah membintangi filem The Hunger Games dan Lego the Movie.

Kredit Foto: Instagram Elizabeth Banks.
Kredit Foto: Instagram Elizabeth Banks.

Si cantik Elizabeth merupakan lulusan University Penssylvania dalam jurusan komunikasi.

5. JODIE FOSTER
Aktres senior dalam industri Hollywood, bakat lakonan Jodie Foster sememangnya tak perlu disangkalkan lagi. Buktinya, dia pernah memenangi Golden Globe Award.

Kredit Foto: Instagram Jodie Foster.
Kredit Foto: Instagram Jodie Foster.

Sering membintangi filem-filem romantik Hollywood, Jodie Foster juga seorang wanita yang cemerlang dalam pengajiannya di mana dia merupakan graduan Yale University jurusan kesusasteraan.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad