Tiap kali 18 Februari tiba, Bunga Cinta Lestari (BCL) dan anak tersayang iaitu Noah pasti menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair. Aktor berkenaan kembali ke pangkuan Ilahi pada tanggal 18 Februari 2020 dan tahun ini masuk tahun kelima pemergiannya.

Bukan mudah bagi penyanyi terkenal Indonesia ini untuk menjalani hidup seharian. Meskipun BCL kini sudah pun berkahwin dan mempunyai suami Tiko Aryawardhana, namun kenangan bersama Allahyarham Ashraf Sinclair terpahat kemas di ingatannya sehingga kini.

BCL Ziarah Pusara Allahyarham Ashraf Sinclair

“5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami! “5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami! “5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami!

Berkongsi momen menziarah pusara Allahyarham baru-baru ini, BCL dilihat hadir berbaju kurung dan berselendang rona merah jambu. Turut menemaninya ialah Tiko, Noah dan kedua-dua ibu bapa BCL.

Ads

Daripada foto yang dimuat naik di media sosial, terpancar wajah penuh kerinduan BCL terhadap insan tercintanya itu. Malah kelihatan dia mengesat air mata usai menabur kuntuman bunga mawar merah dan air mawar di pusara Allahyarham Ashraf.

Kongsi BCL, “Five years have passed, but the ache of your absence remains. Life moves forward, yet we carry you in every moment, every prayer. So much has changed, but our love for you never will. You are missed beyond words, loved beyond measure, and remembered always.”

Ads

Masih Ingat Kenangan Bersama Allahyarham Ashraf Sinclair

Sepanjang pemergian Allahyarham Ashraf kira-kira lima tahun lalu, BCL tidak pernah sesekali melupakan tarikh-tarikh penting bersama, meskipun arwah sudah kembali ke rahmatullah namun figura ini tetap mengingati hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka.

Artikel https://www.nona.my/thank-you-sayang-tiko-aryawardhana-bikin-ulang-tahun-ini-untuk-aku-bcl-berhijab-rai-birthday-ke-41/

Ads

“5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami! “5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami! “5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami! “5 Tahun Berlalu Sakitnya Masih Terasa,” BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Ditemani Noah & Suami!

Pelantun lagu Wanita Terbahagia ini mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada 9 November 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang kini menginjak usia 15 tahun.

Empat tahun hidup tanpa suami di sisi, BCL akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berumah tangga dengan jejaka pilihan. Keputusan itu mendapat restu anaknya, Noah dan keluarga mentua di Malaysia. Pada 2 Disember 2023, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana yang dikhabarkan kenalan lama di Bali, Indonesia.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI