Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ads
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMER
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ads
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Ads
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat personaliti televisyen cantik, Norliza Mohd Zain yang merangkul anugerah Penyampai Berita TV Terbaik menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022)! Tampil menawan dengan persalinan elegan rona hitam, tidak dinafikan figura ini memiliki aura dan pesona memikat.
Liza yang cukup sinonim dengan Buletin Utama TV3 ini bukan lagi asing dalam dunia penyiaran tanah air. Bakat dan kepetahannya menyampaikan sesuatu berita kepada khalayak cukup memberi kesan kepada penonton.
Malah, dia juga mempunyai identiti tersendiri dan disifatkan seorang penyampai berita yang komited serta profesional dalam mengendalikan tugas.
Lebih sedekad mewarnai industri penyiaran dan berpengalaman luas dalam arena tersebut, Liza disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu.
Selain bergelar personaliti televisyen, Liza juga merupakan penerbit dan turut menerima tawaran sebagai pengacara bagi pelbagai program berkaitan kerajaan mahupun swasta. Ibu kepada empat cahaya mata ini turut berbakat dalam bidang masakan.
Liza diumumkan sebagai penerima Penyampai Berita TV Terbaik 2022 selepas menewaskan beberapa calon penyampai berita TV lain seperti Ivan Toh (RTM), Hazel Desmond (RTM), Farhatul Aishati Othman (RTM) dan rakan setugasnya, Azaria Tagaya.
Terdahulu, Anugerah Penyampai Berita TV pernah disandang penyampai berita RTM, Norashikin Abdul Rahman yang kini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Liza membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang terdapat banyak produk kecantikan yang boleh didapati di pasaran. Malah, industri kecantikan di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan produk-produk tempatan. Namun, adakah anda tahu, petua tradisional sebenarnya sangat berkesan dan lebih semulajadi.
Cuba amalkan remedi mudah ini di rumah untuk realisasi impian cantik anda.
Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan.
Nona kongsikan petua cantik tradisional yang boleh anda cuba di rumah!
1. LEMON
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.
2. MADU
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.
3. KUNYIT
Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.
4. SERBUK PENAIK
Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.
5. TIMUN
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan selebriti Indonesia, Maudy Ayunda yang berbakat besar dan sukses.
Wanita cantik yang nama sebenarnya Ayunda Faza Maudya ini merupakan seorang pelakon, model, aktivis, penulis serta penyanyi.
Maudy Ayunda membuat penampilan sulung dalam dunia hiburan menerusi filem For Rena pada 2005. Kemudian dia membintangi beberapa filem seperti Paper Boat (2012), Refrain (2013), dan Habibie & Ainun 3 (2019).
Dengan kejayaannya dalam dunia perfileman dan muzik, Maudy Ayunda digelar artis muda berbakat di Indonesia. Maudy Ayunda pernah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik oleh Anugerah Pilihan Indonesia 2015.
Selain cemerlang dalam akademik dan dunia hiburan, Maudy Ayunda sentiasa tampil dengan wajah segar dan menawan. Rahsia wajah segar Maudy Ayunda terletak pada solekan dan penjagaan kulit yang konsisten.
Selebriti jelita yang kini bergelar isteri ini sentiasa memilih solekan ringkas dan natural ketika melakukan aktiviti harian.
Biarpun sibuk dengan urusan akademik dan hiburan, Maudy tetap tampil menawan dengan solekan dan penampilan yang memukau.
Malah, Maudy mengakui tidak pernah lupa untuk membawa alat solek di dalam begnya lengkap dengan kit solekan bersaiz kecil.
Bukan itu sahaja, di sebalik wajah yang kelihatan flawless, Maudy Ayunda mempunyai cara tersendiri dalam bersolek.
Guna Concealer Tanpa Asas
Maudy Ayunda cukup menggemari solekan ringkas dan natural. Jadi, dia lebih suka produk solekan yang ringan di wajahnya seperti concealer.
Ia membantu menutup kekurangan pada kulit wajah contohnya lingkaran hitam, jeragat, parut mahupun tona kulit tidak sekata. Maudy menyapu concealer secara nipis pada wajahnya.
Set Dengan Bedak Padat
Selepas memakai concealer, langkah seterusnya ialah menggunakan bedak padat. Produk ini mempunyai litupan ringan dan kandungan pelembab yang agak tinggi. Maudy Ayunda menyapu bedak padat ke seluruh wajahnya agar solekannya tahan lebih lama dan flawless.
Solek Mata Untuk Penampilan Yang Lebih Cantik
Maudy Ayunda juga lebih suka menggunakan solekan mata yang natural. Dia memilih pembayang mata dengan warna hangat seperti coklat dan jingga untuk menambahkan kesan segar pada wajahnya.
Maudy Ayunda juga tidak selalu menggunakan celak mata namun tidak pernah lupa untuk menggunakan maskara bagi mencantikkan bulu mata. Menurutnya, penggunaan maskara amat penting agar solekan mata lebih tajam.
Pensel Eyebrow
Maudy Ayunda menggunakan pensel eyebrow dengan hanya mengisi bagian-bagian kosong di alisnya. Ia bertujuan agar riasannya tampak lebih natural. Ia juga tak lupa untuk memilih pensel alis yang disesuaikan dengan warna asal alis agar lebih sebati dan natural.
Kontur Untuk Ilusi Wajah Yang Lebih Tegas
Kontur adalah teknik mainan warna solekan bagi mencipta ilusi atau bayangan wajah yang lebih tegas. Kontur membantu menjadikan wajah lebih berstruktur dan tirus.
Kontur juga boleh digunakan untuk menonjolkan berbagai fitur wajah.
Maudy Ayunda menggunakan kontur di bagian tulang pipi agar wajahnya kelihatan lebih tirus. Dia turut mengaplikasikan kontur secara tipis agar tidak terlalu bold untuk memberikan kesan natural dan flawless.
Tambah Blush On Untuk Pipi
Maudy Ayunda turut mengaplikasikan blush on agar wajahnya lebih segar. Dia gemar mengaplikasikan blush on dengan warna soft pink untuk memberikan kesan segar di wajahnya.
Pilih Gincu Yang Sesuai Dengan Pakaian
Maudy Ayunda sering memilih warna gincu yang sesuai dengan pakaian dan aktivitinya. Selalunya warna-warna natural menjadi pilihannya.
Kadang kala, dia memilih gincu rona merah terang sebagai kelainan. Maudy memilih gincu yang mengandungi pelembap agar bibir tidak kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...