Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer
di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent
yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
This website uses cookies.