Wow, macam tak percaya buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain. Selama ini kalau nak cepat dapat vitamin C memang makan buah limau saja. Rupa-rupanya, ada lagi buah yang lebih hebat kandungan vitamin C. Buah tempatan pula tu! Terima kasih kepada Prof Dr Imelda Balchin sebab merungkaikan misteri buah jambu batu yang pastinya ramai masih tak tahu.
Sebagai pengetahuan bersama, vitamin C merupakan vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara sebab anda perlu mendapatkan vitamin ini adalah disebabkan 6 hal berikut.
- Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah
- Menyembuhkan luka dan memulihkan parut
- Memperbaiki dan mengekalkan tulang dan gigi
- Ia juga penting sebagai anti oksidan yang berperanan menyekat kerosakan sel tubuh setelah terdedah kepada bahan kima berbahaya seperti asap rokok atau radiasi
- Tanpa anti oksidan, proses penuaan jadi semakin pantas, penyakit jantung, arthritis (penyakit sendi) dan kanser
- Tubuh manusia TIDAK dapat menghasilkan vitamin C secara semula jadi. Oleh itu ia perlu diserap melalui sumber tertentu terutamanya daripada buah-buahan
KHASIAT JAMBU BATU
- Selain buah jambu batu, buah-buahan tempatan lain yang kaya dengan vitamin C adalah betik, tembikai, nanas dan mempelam
- Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380 % daripada keperluan harian vitamin C
- 1 per 4 jambu batu sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin c harian yang diperlukan tubuh
Mudah sebenarnya nak dapat vitamin C. Lagi pun harga bagi sebiji jambu batu berharga dalam lingkungan RM1.50 ke RM 2 saja.
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini berkenan berangkat ke Majlis Perasmian dan Penjenamaan Semula Hospital Serdang di Serdang, Selangor.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Memetik laporan di Facebook Selangor Royal Official, Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang memulakan operasinya pada Mei 2005 merupakan hospital pakar major yang menjadi pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah serta pusat rujukan kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara.
Pada majlis bersejarah itu, Baginda turut melawat Pusat Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah yang menjadi pelengkap kepada blok hospital sedia ada.
Berikut 8 intipati titah ucapan Baginda: –
- Baginda mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital tersebut atas nama Baginda kerana kesihatan serta kebajikan rakyat sangat dekat di hati dan sentiasa dalam perhatian Baginda.
- Baginda menyeru kerajaan agar prihatin terhadap mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk penjagaan kesihatan penduduk dengan memberi perhatian kepada agenda membangunkan skim insurans kesihatan kebangsaan.
- Baginda mahu rakyat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan diri secara komprehensif.
- Baginda menyeru, para petugas kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah memberi perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab serta banyak bersabar dalam menangani kehendak pesakit.
- Baginda meminta orang ramai agar bertimbang rasa dan bersabar apabila mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
- Baginda berkenan agar para doktor, pakar-pakar perubatan serta petugas-petugas kesihatan terus mencurah bakti dan berkhidmat di hospital kerajaan demi menabur jasa kepada rakyat jelata.
- Baginda menyeru kerajaan agar menjaga kebajikan para doktor dan petugas kesihatan kerana ia satu kerjaya yang mulia dan perlu diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia tidak seharusnya dipolitikkan yang akhirnya merugikan semua pihak.
- Baginda mahu semua fasiliti kesihatan yang uzur dan hospital-hospital lama diberi perhatian dan penjagaan teliti. Manakala pembinaan hospital dan klinik baharu hendaklah disiapkan mengikut jadual ditetapkan khususnya yang sedang dalam proses pembinaan di negeri Selangor.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
WHO Isytihar COVID-19 Sebagai PANDEMIK, “The Last Sunset” Di Wuhan Tarik Perhatian Dunia
Sejak wabak koronavirus (COVID-19) menyerang negara China sehingga ke hari ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia berjaya dihapuskan. Malah saban hari jumlah kematian akibat virus ini makin meningkat di seluruh pelosok dunia.
Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan COVID-19 ini sebagai PANDEMIK. Menurut laporan yang telah dikeluarkan semalam, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes jangkitan COVID-19 telah meningkat 13 kali ganda sejak lebih dua minggu lalu. Beliau telah menyatakan kebimbangannya dengan tahap ketidakpastian virus tersebut.
Difahamkan, pandemik merupakan penyakit yang merebak ke beberapa negara secara serentak di seluruh dunia. “Keputusan melabel wabak itu sebagai pandemik tidak bermakna WHO mengubah nasihat kami tentang langkah pembendungan yang perlu diambil setiap negara,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Beliau turut menggesa negara antarabangsa menukar langkah dengan mengambil tindakan segera dan agresif. “Sesetengah negara telah membuktikan wabak itu boleh dibendung dan dikawal. Ini ialah cabaran yang perlu dihadapi oleh negara yang berdepan kluster lebih besar atau penyebaran tempatan.
Ia perlu dilakukan secara seimbang antara melindungi kesihatan, meminumkan gangguan dan menghormati kehidupan orang lain. Kita akan menghadapi secara bersama dengan tenang dan melindungi penduduk seluruh dunia. Ia pasti boleh dilaksanakan,” tambahnya.
Dalam perkembangan COVID-19 di Wuhan pula, momen “The Last Sunset” telah meregut hati seluruh penduduk dunia ekoran daripada salah seorang doktor yang merawat pesakit COVID-19 di sana telah menyorong keluar katil pesakit untuk menikmati keindahan matahari terbenam.
Dr. Liu Kai dilihat menyorong keluar katil seorang pesakit demi memenuhi keinginan pesakit tersebut untuk melihat matahari terbenam setelah sebulan ‘terkurung’ dalam bilik isolasi, mungkin buat kali terakhir? Foto tersebut telah bertebaran di seluruh media sosial dengan tajuk “The Last Sunset”.
Melihat pesakit yang merupakan seorang pemain biola itu kelihatan depress akibat terlalu lama berada dalam hospital telah mengerakkan hati doktor berhati mulia itu untuk membantunya menikmati keindahan matahari terbenam bersama-sama.
“Saya fikir mungkin sinaran matahari ini dapat menggembirakan sedikit hatinya,” kata Dr. Liu Kai kepada pesakit yang berusia 87 tahun itu.
Semoga pandemik COVID-19 ini akan terus segera berlalu dan masyarakat dunia boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang sekatan lagi. Marilah kita menjaga diri dengan mengikut saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Sinar Harian & China Daily
Tema FAIRYTALE, Inilah Busana Fantasi Terbaik Rizman Ruzaini Buat Resepsi Sahabat Baik #FATTZURA
Berakhirlah sudah penantian peminat #fattzura untuk melihat pasangan romantis ini disatukan di atas mahligai serba indah yang ditunggu-tunggu selama ini.
Majlis resepsi Fattah dan Fazura yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur menjadi saksi pasangan sama cantik sama padan dalam busana perkahwinan penuh fantasi berarak menuju ke astana cinta seperti dalam kisah dongeng.
Pelaminan cinta dihiasi bunga segar dan penuh magis hasil rekaan Reka Teemor menemani Fattah dan Fazura dalam persalinan memukau rekaan pereka tersohor Rizman Ruzaini. Fairytale, menjadi tema dan konsep buat majlis resepsi pasangan sejoli ini.
Pada malam ini, pastinya busana yang dipakai kedua-dua mempelai menjadi perhatian ramai.
Mungkin ramai yang tidak tahu cerita di sebalik busana yang direka oleh sahabat baik mempelai iaitu Rizman Ruzaini. Penulis sempat menemu bual pereka terkenal ini untuk bertanyakan dengan lebih terperinci mengenai busana yang dipakai oleh Fattah dan Fazura.
Jom ikuti temubual eksklusif Nona bersama Rizman Ruzaini!
Boleh ceritakan sedikit tema & konsep busana perkahwinan Fattah & Fazura?
Tema dan konsep busana perkahwinan Fattah & Fazura ialah fairytale. Untuk Fattah, kami memilih rekaan yang lebih klasik dimana beliau memakai sut hitam yang dipadankan dengan bow tie dan vest putih.
Fazura pula akan menggayakan dua pasang busana iaitu busana pertama yang lebih bersifat Inggeris, timeless dan princessy manakala bagi busana yang kedua pula, berona merah jambu yang diberi suntikan couture dimana kami menyuntik perincian rama-rama buat busana tersebut bagi menyerlahkan tema dan konsep fairytale itu sendiri.
Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk mengilhamkan busana ini?
Daripada perbincangan kami bersama Fattah dan Fazura sendiri. Fattah dan Fazura melontarkan idea busana bagaimana mereka inginkan termasuk dari segi pemilihan rona, potongan dan lain-lain lagi. Dari situ, kami berbincang lebih lanjut dan seterusnya kami buat lakaran busana kedua-dua mempelai dan terhasillah busana yang disarung oleh Fattah dan Fazura pada malam ini.
Apakah fabrik dan pilihan warna yang digunakan?
Untuk busana pertama Fazura, kami menggunakan fabrik sekuin, lace dan Italian tulle. Manakala untuk busana kedua, kami menggunakan fabrik fancy lace. Dari segi perincian untuk busana kedua ini, kami menghasilkan sendiri dimana kami membuat perincian berbentuk rama-rama menggunakan diamond. Selain itu, terdapat juga perincian lace bersama batu permata pada busana Fazura.
Apakah inspirasi di sebalik gaun resepsi Fazura?
Inspirasi busana Fazura ialah terjemahan Fazura sebagai seorang princess dalam dunia fairytale. Dalam erti kata lain, jika Fazura seorang princess, begitulah busana beliau. Jadi kami cuba hasilkan busana daripada inspirasi tersebut buat busana Fazura.
Adakah Fattah & Fazura menyumbang idea untuk merealisasikan busana perkahwinan mereka?
Memang benar, Fattah dan Fazura ada menyumbangkan idea dalam menghasilkan busana perkahwinan mereka. Dalam pada masa yang sama, kami turut curahkan idea kami bagi merealisasikan busana impian mereka. Kiranya, ia adalah gabungan idea kami bersama Fattah dan Fazura.
Berapa lamakah tempoh menyiapkan baju perkahwinan mereka?
Tempoh untuk menyiapkan baju perkahwinan mereka mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk kesemua busana.
Apakah cabaran sepanjang menyiapkan busana perkahwinan Fattah & Fazura?
Sejujurnya, tiada cabaran dalam menghasilkan busana perkahwinan Fattah dan Fazura. Kami dan Fazura saling mengenali antara satu sama lain dan kami tahu cita rasa beliau dalam menghasilkan sesuatu busana. Pada kami, sememangnya tiada cabaran dalam menghasilkan busana perkahwinan beliau. Mungkin cabaran yang boleh dikatakan di sini ialah buat Fazura sendiri untuk menggayakan busana ball gown pada majlis resepsi beliau.
Apakah perkara yang paling istimewa tentang busana perkahwinan Fattah & Fazura yang orang tidak tahu?
Kami boleh katakan, perkara istimewa pada busana Fazura ialah dari segi perincian dimana kami mereka sendiri perincian pada busana Fazura. Perincian berbentuk rama-rama yang boleh dilihat pada busana Fazura adalah rekaan kami sendiri dan kami menghasilkannya sendiri menggunakan diamond.
Adakah baju perkahwinan Fazura merupakan rekaan yang paling istimewa sepanjang Rizman Ruzaini dan Faz bekerjasama?
Ya, busana ini merupakan busana paling istimewa yang pernah kami hasilkan buat Fazura. Bila bercakap mengenai busana perkahwinan, tentu sahaja ia menjadi busana paling istimewa buat Fazura. Kami mencurahkan seluruh ilham dan fokus sepenuhnya buat busana perkahwinan beliau.
Semua orang mengetahui Rizman Ruzaini dan Faz adalah BFF, jadi apakah perasaan Rizman Ruzaini dapat mereka sendiri busana perkahwinan Fazura?
Kami sangat berbesar hati dan berterima kasih pada sahabat baik kami, Fazura kerana memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan semua busana perkahwinan beliau. Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga diucapkan dan kami sebagai sahabat cuba memberi yang terbaik buat beliau.
Resepsi Fattah & Fazura adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh netizen dan terutamanya para peminat #fattzura. Adakah Rizman Ruzaini merasa ia satu tanggungjawab atau mungkin satu ‘beban’ yang besar?
Sedikit sebanyak kami merasa terpikul dengan tanggungjawab ini kerana kita semua tahu majlis resepsi ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat Fazura. Ia bukanlah beban, tapi mungkin dikatakan sedikit pressure buat kami. Namun, kami cuba buat yang terbaik untuk sahabat kami dan kami percaya jika kami buat dengan ikhlas, InsyaAllah ia akan berhasil dengan baik.
Adakah Rizman Ruzaini merasakan resepsi Fattah & Fazura layak digelar sebagai ‘Wedding of The Year’?
Kami rasa perkara ini akan dilabel oleh peminat-peminat mereka sendiri. Kami tiada komen cuma apa yang boleh dikatakan, kami berharap majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Kami amat mengenali Fazura dan Fattah dengan baik dan kami berharap agar majlis perkahwinan mereka dipermudahkan. InsyaAllah gelaran ‘Wedding of The Year’ akan menjadi milik mereka namun berbalik pada peminat mereka untuk melabelkannya.
Apakah emosi atau perasaan Rizman Ruzaini yang bermain di dalam jiwa saat melihat rakan baik anda disatukan? Boleh kongsikan sedikit?
Sudah tentu kami agak beremosi kerana Fazura merupakan sahabat kami. Sebagai sahabat, kami pasti merasa gembira saat beliau berkongsikan pada kami tentang lamaran Fattah dan ingin mendirikan rumah tangga. Lebih 10 tahun kami mengenali beliau, beliau seorang sahabat yang amat mementingkan persahabatan dan kami merasakan inilah detik paling penting buat beliau. Kami mengharapkan perkahwinan beliau berkekalan hingga ke anak cucu dan bahagia hingga ke Jannah.