Tabassum Fatima Hashmi atau nama seninya, Tabu sudah berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood sejak era 80-an.
Sehingga kini, wajah jelita Tabu masih lagi mewarnai filem-filem terkenal.
Melihat kepada penampilan dan pesona wajahnya, Tabu yang kini mencecah usia 52 tahun tidak banyak berubah. Awet muda!
Memetik laporan India Today, Tabu turut membintangi filem yang di ‘remake’ daripada blockbuster
Tamil berjudul Kaithi (2019). Filem ini diberi nama Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mac 2023.Ternyata, kehadirannya dalam filem terbaharu ini membuktikan bakat Tabu masih ‘berbisa’ dalam dunia lakonan.
Berbicara mengenai karier seni dan kehidupan peribadi, Nona kongsikan 11 fakta menarik mengenai Tabu.
Dilahirkan pada 4 November 1970 dan merupakan anak kepada pelakon, Jamal Hashmi.
Biarpun Tabu kini berusia 52 tahun namun wajahnya kekal jelita dan awet muda.
Bersahabat baik dengan ramai selebriti Bollywood tersohor seperti Ajay Devgan, Anil Kapoor, Shilpa Shetty, Karen Johar, Salman Khan dan ramai lagi.
Membintangi filem Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2023 ini.
Kredit Foto: Instagram @tabutiful
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.