Melihat susuk tubuh ramping supermodel era 90an ini pasti ramai yang tak menyangka Cindy Crawford sudah berusia 57 tahun. Walau tinggal tiga tahun saja lagi bakal menghampiri 6 series namun kejelitaan dan bentuk tubuh Cindy tetap menawan seperti dulu.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Hollywood yang ‘menyembunyi’ sisi penuaan di sebalik pembedahan plastik dan sebagainya, model antarabangsa ini selesa mempamer wajah asli meskipun garis-garis halus dan kedutan jelas kelihatan di wajah anggunnya. Bahkan Cindy mengakui lebih selesa mengenakan solekan nipis setiap kali keluar rumah.
Mahu tampil cantik semula jadi seiring dengan pertambahan usia saban tahun, isteri Rande Gerber ini memberitahu Vogue dia hanya menjalani gaya hidup sihat dengan aktif bersenam. Di samping mengambil pemakanan sihat. Memetik kenyataan Cindy di Good Housekeeping, ada beberapa rutin yang diamalkannya agar kekal awet muda.
Kata Cindy kepada majalah Elle pada tahun 2015, “Saya menyukai teh hijau dan selepas menikmati minuman ini saya rasa lebih baik dan menginginkanya setiap pagi.”
Selain teh hijau, model yang memiliki sepasang kaki yang cantik ini juga mengamalkan minuman smoothie yang kaya protein yang dihasilkan sendiri di rumah. Antara ramuannya termasuk susu kacang badam, serbuk protein, daun pudina, separuh biji pisang dan biji koko asli.
Hidangan Kaya Protein
Kebiasaannya Cindy akan menikmati hidangan salad bersama lauk seperti ikan atau ayam yang diakhiri dengan sepotong kecil coklat gelap. Pesannya, “Selepas selesai makan saya akan ambil sepotong coklat gelap sebagai tanda kepada tubuh yang ‘ini adalah makanan penutup’. Mengikut pengalaman, kalau teringin makan sesuatu tapi dilarang… ia akan berakhir dengan makanan lain yang lima kali lebih banyak.”
Ads
Snek Sihat
Bagai tidak lengkap hari Cindy Crawford tanpa kudapan atau snek sihat. Untuk memastikan dia tidak makan berlebihan, ibu dua anak ini memilih kudapan seperti kacang badam, epal dan keju sebagai pilihan sebelum menjamu hidangan seterusnya.
Bersenam
Salah satu petua cantik Cindy adalah dengan menjalani rutin senaman. “Saya menyukai senaman yoga dan joging tapi saya lebih selesa dengan teknik senaman tradisi. Setakat ini, saya mempunyai jurulatih kecergasan di rumah yang akan mengajar setiap tiga kali seminggu termasuk untuk melakukan push-ups, squats dan sebagainya.
Selepas melahirkan anak, saya lebih kepada senaman HIIT (high-intensity training workout) dan pergi hiking dan berbasikal pada hujung minggu.”
Ads
Jadi, sekiranya anda turut berhasrat mengekalkan bentuk tubuh ideal dan dalam masa sama cergas macam Cindy Crawford… amalkan gaya hidup sihat supermodel ini.
Sumber: Liputan 6 & Vogue
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Datuk Seri Rossa kembali menjadi sorotan di peringkat antarabangsa apabila diva kesayangan Indonesia ini tampil membuat persembahan di salah satu stesyen televisyen China baru-baru ini.
Terbaru, Rossa tampil di stesyen televisyen China sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Penampilan Rossa ternyata memukau dengan balutan kebaya merah sambil mendendangkan lagu Bengawan Solo.
Bengawan Solo merupakan sebuah lagu Indonesia yang sangat terkenal yang menceritakan tentang Sungai (Bengawan) Solo yang mengalir melalui Jawa Tengah dan Jawa Timur Indonesia sekaligus merupakan sungai terpanjang di Indonesia.
Meskipun tampil menyanyikan lagu tersebut secara virtual dalam tempoh yang sekejap, Rossa muncul dalam layar besar menyanyikan lagu Bengawan Solo diiringi muzik dan penyanyi latar yang tampil secara live.
Menurut Rossa, perayaan Tahun Baru Cina kali ini merupakan detik istimewa buat dirinya apabila diberi penghargaan menjadi sebahagian dari projek “Spring Festival Gala 2023” di mana dia mendendangkan lagu Bengawan Solo dan Jasmine Flower sambil ditonton oleh lebih 1juta rakyat China di Republik Rakyat China.
Melihat posting Rossa di laman Instagram miliknya, dia menggayakan kebaya merah rekaan Anne Avantie yang sememangnya merupakan pereka busana kebaya kontemporari popular di Indonesia. Sementara itu, @rinaldyyunardi melengkapkan penampilan aksesori buat empunya nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini.
Kebaya hasil rekaan Anne Avantie sering digayakan oleh golongan selebriti dan pemimpin Indonesia antaranya termasuklah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau JOKOWI di acara rasmi negara.
Saat wajahnya di-close up, Rossa terlihat sangat cantik dalam balutan kebaya merah rancangan Anne Avantie yang dia pakai. Tatanan rambut, makeup, dan hiasan kepala yang dikenakan juga membuat Rossa terlihat kian memesona.
Penampilan Rossa saat muncul di stasiun TV China banjir pujian. Di instagram, Rossa mengunggah potongan video penampilannya. Postingan itupun mendapatkan banyak pujian dari netizen hingga kalangan selebriti.
Dari berbagai pujian yang dilayangkan untuk Rossa, banyak netizen yang mengaku bangga. Wajar saja, pasalnya lewat penampilan kali ini, Rossa telah memperkenalkan kebaya dan lagu Bengawan Solo pada dunia. Apalagi di acara tersebut, Rossa berhasil tampil dengan sangat memukau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas memang iras wajah ibundanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kejelitaan yang dimiliki Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah ini ternyata diwarisi daripada kecantikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Penuh keayuan dan sejuk mata memandang!
YAM Tengku Puteri Jihan merupakan puteri bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
27 April lalu, puteri diraja ini genap meniti usia 22 tahun. Semakin menginjak usia, semakin anggun dan matang anakanda kesayangan Baginda.
Berkongsi momen indah bersempena ulang tahun keputeraan Tengku Puteri Jihan menerusi Instagram Air Tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah menzahirkan rasa syukur atas anugerah Allah SWT ini.
“Happiest birthday to my baby. My miracle child. Thank you for being the perfect beautiful daughter I could ever have asked for. May Allah SWT bless you always and guide you!
Love you with all my heart! My baby turned 22.”
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan ibu dan anak ini bergambar mesra sambil berpelukan. Malah beliau turut berkesempatan memotong kek hari lahir dan disuap ibunda tersayang.
Terserlah sisi manja puteri bongsu Tunku Hajah Azizah dan Al-Sultan Abdullah ini!
Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah pada 6 Mac 1986. Pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Siapa kata rambut tidak memainkan peranan penting dalam penampilan? Wanita mahupun lelaki pasti merasa rendah diri jika mempunyai masalah rambut seperti gugur, kering dan botak. Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada kotoran dan pencemaran malah bakal menyerlah penampilan seseorang. Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah.
Ikan salmon hindar hidrat rambut
Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur. Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrat.
Brokoli memperkuat folikel rambut
Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus. Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum ini berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu memperkuat folikel rambut.
Kacang cegah rambut rosak
Berbagai-bagai nutrisi yang terdapat dalam kacang memang sudah tidak boleh disangkal lagi. Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru. Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang bepang, kacang merah dan kacang hijau.
Daging ayam pelihara rambut gugur
Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi. Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.
Telur bantu elak rambut rosak
Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh. Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.
Bijirin penuh jauhi rambut botak
Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.
Tiram membaharui rambut
Tiram kaya dengan zink dan apabila seseorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik. Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada rambut gugur. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...