Malam semalam menyaksikan seorang penembak melepaskan tembakan rambang ke arah kawasan festival muzik yang berlangsungĀ berdekatan kawasan tumpuan orang ramai di Las vegas. Insiden malang ini meyebabkan setakat ini sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan lebih 527 orang cedera menjadikan insiden ini antara insiden tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara Amerika Syarikat.
Ketika tembakan tersebut berlaku, penyanyi genre country terkenal, Jason Aldean sedang mengadakan persembahan. Sejurus kedengaran bunyi tembakan, penonton yang tercedera dilihat bermandikan darah dan ramai yang lain menjerit menyuruh semua orang tunduk dan berbaring. Lantas muzik dihentikan serta merta.
Beberapa fakta mengenai kejadian malang ini.
- Penembak yang dikenali sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun melancarkan serangan dari tingkat 32 hotel Madalay Bay Resorts dengan memecahkan cermin bilik.
- Stephen yang berasal dari Nevada, Amerika Syarikat membunuh diri sebelum pihak berkuasa menyerbu bilik hotel.
- Setakat ini penembak tidak dikaitkan dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa.
- Pihak polis menemui lebih 20 senjata tembak berlainan seperti beberapa jenis pistol tangan dan rifles.
Jom saksikan beberapa video yang dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian.
Sumber: ABC News
HANNAH YEOH Salur RM29k Beli Van Jenazah Untuk Penduduk Segambut āKita Cuba Bantu Tak Kira Agamaā
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu. Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan penambahan kepada dana yang telah dikumpulkan pihak masjid itu.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.
“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan van jenazah yang sedia digunakan di masjid tersebut di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yeoh yang anggun menyarung baju kurung berbunga dan bertudung juga berharap wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.
“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya.
Hanna Yeoh dilantik menjadi Menteri Belia & Sukan yang baru menggantikan mantan YB Faizal Azumu selepas Pakatan Harapan yang dipimpin Datoā Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan perpaduan menerusi PRU15 yang berlangsung pada 19 November lepas.
Sumber: ASTRO Awani | Gambar: @bernama
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!
Buat julung kalinya, majalah Nona terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd bakal menganjurkan sebuah program realiti digital pertama pencarian makeup artist iaitu Nona Fabulous MUA 2019 dengan kolaborasi jenama kosmetik Farmasi Color Cosmetics (FCC).
Nona Fabulous MUA 2019 dilancarkan secara rasminya 9 Ogos lalu di Sogo i-City Shah Alam bagi mencungkil pelapis makeup artist dan mengangkat bakat mereka ke tahap tertinggi. Selain menonjolkan kemahiran menyolek, kemahiran interpersonal juga menjadi taruhan peserta dalam menambat hati juri dan penonton yang disolek.
Acara perasmian disempurnakan oleh Editor Pengurusan Nona & Mingguan Wanita, Kiffy Razak dan Pengarah Urusan FCC,Ā Ili Zawani Ismail. Selaku jenama media gaya hidup wanita yang menyuntik inspirasi, Nona merupakan platform terbaik untuk meniti kerjaya bergelar makeup artist.
āDalam program realiti ini, pelbagai elemen kejutan dan tugasan mencabar menanti peserta. Terdapat juga episod penyingkiran bagi memastikan hanya yang layak sahaja melangkah ke final,ā ujar Kiffy Razak.
Majlis pelancaran Nona Fabulous MUA 2019 turut mendapat sokongan makeĀ up artistĀ berpengalaman antaranya Sheila Mohamad, Aim Azam, Ayang Kamell dan Vee Mohamad. Tidak ketinggalan, FCC turut membawakan barisan makeup artist dan beauty influencerĀ muda seiring dengan kehendak generasi masa kini.
Anda yang berminat dan sudah berkecimpung dalam dunia solekan secara online dan sebagainya… dijemput hadir ke sesi ujibakat Nona Fabulous MUA pada 14 dan 15 September ini di Performing Arts Theatre, MSU Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Para peserta boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui majalah Nona edisi September 2019 dan membawa portfolio solekan atau hasil kerja sewaktu audition berlangsung. Sertakan juga resit pembelian produk FCC!
Buat makluman, program realiti digital 6 episod ini bakal bersiaran di platform digital YouTube Majalah Nona dan Facebook Majalah Nona mulaiĀ 1 November 2019 jam 8 malam. Antara panel juri yang bakal mengadili sentuhan magis peserta ialah Nurul Shukor, Sheila Mohamad, Datin Saidatulnisa, Deqsha, Didie Alias dan Nabila Razali.
Menariknya, pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai, penginapan hotel, barangan kemas dan set eksklusif penjagaan diri.
Bagi peserta yang ingin mendapatkan tiket fast lane, mereka boleh memuat naik video kreatif bersama produk FCC (Farmasi Color Cosmetics) dan majalah Nona di Instagram dengan #fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc serta tag juga @majalahnona dan @farmasicosmeticsmy. Pastikan akaun anda dalam tetapan PUBLIC.
Nantikan program realiti digital pertama Nona Fabulous MUA 2019 yang penuh cabaran, drama dan kontroversi ini. Semak hashtag rasmi #fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc serta follow akaun Instagram rasmi @majalahnona untuk perkembangan terkini.
Hukum SENGAJA Tidak Puasa Di Bulan Ramadan. Umat Islam Sila Ambil Perhatian
Memasuki hari keenam Ramadan, pasti pelbagai dimensi baharu berpuasa pada tahun ini dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilancatkan di seluruh negara. Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Ramadan, masih ada persoalan mengenal hukum meninggalkan puasa dengan sengaja diajukan di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Berikut jawapan yang telah diterangkan dengan terperinci.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Puasa di dalam bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Hal ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn āUmar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
ŲØŁŁŁŁŁ Ų§ŁŲ„ŁŲ³ŁŁŲ§ŁŁ Ł Ų¹ŁŁŁŁ Ų®ŁŁ ŁŲ³Ł Ų“ŁŁŁŲ§ŲÆŁŲ©Ł Ų£ŁŁŁ ŁŲ§Ł Ų„ŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ£ŁŁŁŁ Ł ŁŲŁŁ ŁŁŲÆŁŲ§ Ų±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŲ ŁŁŲ„ŁŁŁŲ§Ł Ł Ų§ŁŲµŁŁŁŲ§ŁŲ©ŁŲ ŁŁŲ„ŁŁŲŖŁŲ§Ų”Ł Ų§ŁŲ²ŁŁŁŁŲ§Ų©ŁŲ ŁŁŲ§ŁŁŲŁŲ¬ŁŁŲ ŁŁŲµŁŁŁŁ Ł Ų±ŁŁ ŁŲ¶ŁŲ§ŁŁ
Maksudnya:Ā Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan.ā
Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
Maka jelaslah puasa Ramadan ini adalah perkara utama di dalam Islam yang tidak boleh ditinggalkan sekiranya tidak ada sebarang keuzuran.
Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadhan. Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau:
Ų§ŁŁŁŁŲØŁŁŲ±ŁŲ©Ł Ų§ŁŁŲ£ŁŲ±ŁŲØŁŲ¹ŁŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁŲŁŲ§ŲÆŁŁŁŲ©Ł ŁŁŲ§ŁŁŲ£ŁŲ±ŁŲØŁŲ¹ŁŁŁŁ ŲØŁŲ¹ŁŲÆŁ Ų§ŁŁŁ ŁŲ§Ų¦ŁŲ©Ł: ŲŖŁŲ±ŁŁŁ ŲµŁŁŁŁ Ł ŁŁŁŁŁ Ł Ł ŁŁŁ Ų£ŁŁŁŁŲ§Ł Ł Ų±ŁŁ ŁŲ¶ŁŲ§ŁŁŲ ŁŁŲ§ŁŁŲ„ŁŁŁŲ·ŁŲ§Ų±Ł ŁŁŁŁŁ ŲØŁŲ¬ŁŁ ŁŲ§Ų¹Ł Ų£ŁŁŁ ŲŗŁŁŁŲ±ŁŁŁ ŲØŁŲŗŁŁŁŲ±Ł Ų¹ŁŲ°ŁŲ±Ł Ł ŁŁŁ ŁŁŲŁŁŁ Ł ŁŲ±ŁŲ¶Ł Ų£ŁŁŁ Ų³ŁŁŁŲ±Ł
Maksud:Ā Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir.Ā LihatĀ al-ZawajirĀ (1/323).
Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dan mempunyai kesedaran untuk bertaubat kepada Allah SWT. Maka, para fuqahaā membahaskan hal ini di dalam perbahasan bab mengqadaāĀ puasa bagi mereka yang meninggalkan puasa secara sengaja.
Kesalahan berbuka dengan sengaja ini sangat berat sehinggakan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Abu Hanifah mewajibkan kafarah dan qadaā kepada orang yang makan dan minum secara sengaja pada bulan Ramadhan.
Mazhab Imam al-Syafie dan Mazhab Imam Ahmad pula berpandangan orang yang meninggalkan puasa dengan makan atau minum secara sengaja tidak dikenakan kafarah, kerana kafarah hanya khusus kepada orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadan sahaja. Namun kedua mereka seiring bahawa puasa tetap wajib diqadaākan. LihatĀ Mausuah al-FiqhiyahĀ (28/60).
Hal ini turut dinyatakan oleh para fuqahaā kontemporari tentang apa yang perlu dilakukan bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, atau melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal selain daripada persetubuhan di siang hari. Antaranya disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:
Ł Ł Ų£ŁŲ·Ų± ŁŁ Ų±Ł Ų¶Ų§Ł ŲØŲŗŁŲ± Ų¬Ł Ų§Ų¹Ų ŲØŲ£Ł Ų£ŁŁ Ų£Ł Ų“Ų±ŲØŲ Ų£Ł Ų§Ų³ŲŖŲ¹Ų· Ų Ų£Ł ŲØŲ§Ų“Ų± ŁŁŁ Ų§ ŲÆŁŁ Ų§ŁŁŲ±Ų¬ ŁŲ£ŁŲ²ŁŲ Ų£Ł Ų§Ų³ŲŖŁ ŁŁ ŁŲ£ŁŲ²ŁŲ ŁŁŲ§Ł ŁŁ ŁŁŁ Ų§ŁŲµŁŁ Ų ŁŲ¬ŲØ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ¶Ų§Ų¤Ł ŁŲØŁ ŲŁŁŁ Ų“ŁŲ± Ų±Ł Ų¶Ų§Ł Ł Ł Ų§ŁŲ¹Ų§Ł Ų§ŁŲ°Ł ŁŁŁŁŲ
Maksudnya:Ā Sesiapa yang berbuka puasa ketika Ramadhan selain daripada jimaā dengan makan atau minum, atau memasukkan sesuatu (cecair atau ubat) ke dalam hidung, atau bersentuhan selain pada kemaluan kemudian terkeluar mani, atau melakukan onani, kemudian keluar mani. (Ketika melakukan semua perbuatan ini) dia berkemampuan untuk berpuasa, maka wajib qadaā, sebelum masuk bulan Ramadhan tahun seterusnya.Ā LihatĀ al-MuātamadĀ (2/200).
Syeikh Ibn Baz pula dalam menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau daripada seseorang yang sengaja berbuka puasa ketika Ramadhan beberapa tahun sebelumnya, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makan atau minum atau apa-apa yang membatalkan selainĀ jimaā adalah perkara mungkar yang diharamkan. Beliau menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja hendaklah bertaubat kepada Allah, dan menyesal di atas perbuatan tersebut. Seterusnya mengqadaākan hari-hari yang ditinggalkan dan inilah kewajipan untuknya kerana berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran merupakan perkara mungkar yang diharamkan[1]
Ā Melihatkan kepada nas dan hujah di atas, jelas bahawa orang yang sengaja berbuka puasa di dalam bulan Ramadan adalah berdosa besar kerana meninggalkan salah satu daripada rukun Islam.
Namun begitu, Allah SWT sangat mengasihani hamba-hambanya dengan memberi peluang untuk menebus kembali dosa tersebut. Maka kami katakan bahawa, orang yang meninggalkan puasa di dalam bulan Ramadhan dengan apa cara sekalipun selain daripadaĀ jimaāĀ di siang hari hendaklah menggantikan puasa tersebut secepatnya sebelum datang Ramadhan pada tahun berikutnya.
Bagi mereka yang gagal menggantikan puasa sebelum datang Ramadan berikutnya, hendaklah membayar fidyah mengikut kadar yang telah ditentukan.
Semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq untuk mengamalkan segala titah perintah-Nya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.