Rambut beruban adalah salah satu tanda penuaan semula jadi yang semua orang akan alami.
Namun, bagi yang berumur bawah 30 tahun juga boleh mengalami rambut beruban disebabkan pelbagai faktor termasuk tekanan.
Ads
Ternyata uban yang tumbuh tidak boleh dicabut sebarangan kerana ia boleh menyebabkan kebotakan. Ketahui cara menghilangkan uban hingga ke akarnya.
Dipetik daripada Healthline, punca rambut beruban ialah berkurangnya pengeluaran melanin rambut yang merupakan pigmen atau pemberi warna semula jadi kepada rambut.
Pengurangan ini seiring dengan perubahan usia, maka seseorang itu cenderung mengalami uban selepas umur 30 tahun.
Mereka yang berumur kurang dari 30 tahun juga boleh mengalami uban pada usia muda disebabkan keadaan kesihatan tertentu dan faktor genetik atau keturunan.
Jika rambut putih disebabkan genetik, tiada cara boleh memulihkan warna semula jadi rambut kecuali dengan mewarna rambut.
Jika punca uban pada usia muda adalah kekurangan nutrisi, pengambilan makanan atau suplemen tertentu dapat mengembalikan warna semula jadi rambut.
Dipetik dari Medical News Today dan Healthline, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan uban:-
Ads
1. Ambil vitamin yang berguna untuk menyokong kesihatan rambut, seperti vitamin B-12, D, E, dan A.
2. Makan makanan yang kaya dengan mineral, terutamanya zink, besi, magnesium, selenium, dan tembaga.
3. Hentikan tabiat merokok.
4. Lindungi rambut dari matahari pendedahan UV, seperti memakai topi atau memakai pelindung matahari khas untuk rambut.
Ads
5. Elakkan jenis rawatan yang akan merosakkan rambut, seperti pelunturan untuk menghilangkan pigmen rambut, menyikat rambut semasa basah atau menggunakan pengering rambut dengan suhu yang terlalu panas.
6. Menggunakan bahan semula jadi yang boleh melambatkan penampilan rambut putih dengan menyapunya terus ke rambut seperti minyak kelapa, halia, dan bawang.
Beberapa kaedah ini boleh dicuba untuk memulihkan atau mengekalkan warna semula jadi rambut.
Pun begitu, mencuba beberapa kaedah ini tidak menjamin warna rambut akan kembali normal, lebih-lebih lagi jika puncanya adalah faktor genetik.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat drama Meteor Garden pasti rindu wajah cantik Barbie Hsu! Walau lebih 20 tahun fenomena drama bersiri popular tersebut sudah berlalu, namun penangan lakonan mantap aktres jelita berkenaan di samping kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan waktu itu, F4 masih memberi kesan di hati penonton termasuk di Malaysia sampai sekarang!
Barbie Hsu atau nama sebenarnya Shi-yuan Hsu kini meniti usia 47 tahun. Dilahirkan pada 6 Oktober 1976, wanita ini merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, penyanyi dan hos televisyen.
Wajah cantiknya masih menjadi buruan syarikat pengiklanan dan jenama antarabangsa. Walau berusia lewat 40an namun populariti Barbie Hsu masih diterima ramai.
Pada Mac lalu, Barbie kembali bergelar isteri apabila mendirikan rumah tangga bersama DJ, penyanyi, penerbit muzik Korea Selatan dikenali sebagai Koo Jun-yup. Khabarnya, jelitawan tersebut sudah mengenali Koo sejak lebih 20 tahun lepas dan mereka pernah menjalin hubungan romantis sebelum Barbie Hsu berkahwin dengan usahawan China, Wang Xiaofei.
Koo dalam satu kenyataan mendedahkan kepada umum mengenai hubungannya terhadap aktres jelita tersebut. “I got bonded to the person I fell in love with over 20 years ago, we want to continue this precious love.”
Anak seni Korea Selatan berusia 53 thaun itu berkata dia berhasrat kembali menjalin hubungan yang tidak kesampaian 20 tahun lepas. Apabila saya mendapat tahu dia sudah bercerai, saya menghubunginya menerusi nombor telefon yang saya simpan 20 tahun lepas.
Alangkah bertuahnya saya, dia masih menggunakan nombor yang sama dan kami dapat berhubungan semula.”
Berbekalkan rasa cinta yang masih menebal, kedua-duanya enggan membuang masa dan terus memutuskan untuk segera berkahwin tanpa mengadakan majlis perkahwinan.
“Kami memutuskan untuk mendaftar sebagai suami isteri yang sah di sisi undang-undang dan dapat hidup bersama.”
Terdahulu, Barbie Hsu pernah berkahwin dengan usahawan China iaitu Wang Xiaofei. Bagaimana pun perkahwinan mereka tidak berkekalan dan mengumumkan berpisah pada November 2021. Dia memiliki dua anak iaitu seorang anak perempuan yang kini berusia 8 tahun dan seorang anak lelaki berumur 6 tahun.
Barbie Hsu ialah mega star di Taiwan selepas mendaki puncak populariti di Asia terutamanya di Filipina menerusi watak Shan Cai dalam drama bersiri romantik popular Taiwan pada 2001 iaitu Meteor Garden.
Bukan hanya cantik tetapi Manita Duangkham Farmer juga bijak dan aktif dalam aktiviti sukarelawan. Tidak hairanlah wanita cantik ini berjaya dimahkotakan sebagai Miss Thailand 2022 pada 6 Februari lepas.
Berusia 25 tahun, Manita Farmer yang dilahirkan dan dibesarkan di Phuket memiliki darah keturunan Thailand-Amerika tersebut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 800,000 baht atau bersamaaan kira-kira RM101,533.
Tidak hanya bergelar graduan kelas pertama ijazah sarjana muda Seni Komunikasi dari Bangkok University International College, wanita sofistikated berjiwa prihatin dan berwawasan ini turut memanfaatkan masanya bekerja sebagai pengurus jualan di samping menjadi guru sukarelawan.
Bertitik-tolak daripada penglibatan Manita dalam pertandingan ratu cantik ini, dia bakal membawa suara wanita dan masyarakat Thailand, menyertai lebih banyak misi sukarelawanan, memartabatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik selain menjadi bakal menjadi duta kebudayaan dan pelancongan Thailand.
Miss Thailand 2022 kali ini merupakan pertandingan ratu cantik edisi ke-53 bertemakan ‘Revival of the Original’ yang dahulunya dikenali sebagai Miss Siam yang diadakan sejak 1934.
Memetik laporan The Star, Manita mengalahkan empat finalis Thailand di peringkat akhir. Tempat kedua disandang Anphat Pitiprajakwat dari Nakhon Pathom, diikuti Vanida Rose (Bangkok), Athicha Rennie (Kanchanaburi) dan Sornson Wittayaruengsuk dari Bangkok.
Sementara itu portal The Phuket News pula mendedahkan Manita sebelum ini pernah menyandang tempat kedua dalam Miss Grand Phuket 2017 dan menyertai Miss World Thailand pada 2018. Dia berjaya menurunkan berat sehingga 40 kilogram daripada berat asal 90 kilogram semata-mata untuk memasuki pertandingan ratu cantik ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mata tanpa maskara seperti jendela tanpa penutupnya. Solekan kurang menyerlah, walau anda bersungguh merias pembayang mata.
Menyedari kesan dramatik dari helaian bulu mata yang panjang dan melentik, penggunaan alat kosmetik seperti maskara berkesan untuk menjelmakan solekan memukau dengan serta-merta.
Ikuti tip di bawah untuk mengaplikasi sapuan maskara agar ia kekal lama tanpa kesan comot atau bergumpal. Paling penting, tak perlu pakai bulu mata palsu pun untuk dapatkan kesan melentik yang natural.
8 CARA MUDAH
Pilih maskara dengan berus atau wand yang tepat. Full wand dicipta untuk menambah volume bulu mata, skinny wand untuk memanjangkan, curved wand untuk curl atau lentikkan bulu mata jenis lurus dan comb wand untuk menyikatnya.
Selepas mengadun debu pembayang mata, layangkan maskara di atas bulu mata yang bersih. Lapisan maskara akan berketul jika masih ada sisa maskara lama.
Gunakan alat pelentik bulu mata jika anda memiliki bulu mata pendek. Elak dari mengepit bulu mata terlalu kuat, selama lebih kurang 30 saat.
Sapukan maskara asas atau berfiber untuk memanjangkan bulu mata anda. Ia berwarna putih dan perlu disapu dari arah pangkal bulu mata hingga ke hujung.
Mula mengacu berus dari arah sebelah dalam mata (hidung) menuju ke luar, satu-persatu dengan gerakan zig-zag.
Kenakan juga pada bulu mata bawah untuk mencipta kesan mata yang besar. Jangan sapukan ke seluruh barisan tetapi hanya di bahagian luar mata sahaja.
Sapukan lapisan maskara baru di atas dan bawah bulu mata SEBELUM lapisan pertama kering. Jika tidak, ia akan gugur dan masuk ke dalam mata.
Apabila maskara kering, nyahkan ketulan yang tinggal dengan sikat bulu mata. Ini juga membuatkan bulu mata anda lebih semula jadi.
TIP JURUSOLEK PROFESIONAL
Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya.
Lapik bawah bulu mata dengan tisu atau span untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk tiub, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali.
Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. Penyikat bulu mata juga boleh membantu.
Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk pengguna kanta lekap.
Buang sahaja maskara yang sudah melebihi tempoh 3-4 bulan! Ketika ini, berus maskara sudah dijangkiti bakteria dan dikhuatiri akan berpindah ke mata anda.
WASPADA!
Sekiranya anda mengenakan maskara kalis air, pasti sukar menanggalkannya tanpa pencuci solekan mata yang khas. Melaburlah pada pencuci yang berkualiti, lembut dan berkesan agar bulu mata sentiasa sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...