Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil cantik dan menawan? Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang mempunyai kulit gelap juga pastinya akan kelihatan lebih menonjol.
Lihat sahaja selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Beyonce. Asalnya mereka memiliki kulit gelap, namun kelihatan cantik dengan teknik solekan yang betul. Paling penting, anda kene yakin dan sentiasa menjadi diri sendiri.
Ads
Kali ni, jom kita semak teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka yang mempunyai kulit yang gelap.
(1) BEDAK ASAS/FOUNDATION
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza.
Bedak asas tersebut perlu diadun agar menjadi satu (blend) dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, wajah akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
(2) PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat.
Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
(3) PEMBAYANG MATA
Ads
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mempercantikkan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa.
Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, biru dan hijau. Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
(4) PENGGUNAAN BRONZER
Supaya tampak lebih menyerlah, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut.
Ads
Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapu hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.
(5) UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semula jadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
(6) RONA GINCU
Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda. Fadhli Ismail
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 26 Ogos lepas. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Lebih 2 dekad mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan hampir 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’.
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang sudah pun memasuki usia 51 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan.
Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau ibunda tersayang yang juga usahawan kosmetik ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak perempuan Kak Ton
ini pula dikatakan memiliki tujuh darah kacukan.
Wah, patutlah Nadia Shahrul Annuar ini cantik, kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan susuk tubuh langsing! Rupa-rupanya dia mewarisi keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapa.
Pengakuan tersebut dibuat Nadia kepada Nona tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, pengacara ini membuka bicara. “Kalau mummy ada empat kacukan iaitu Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.
Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan kecantikan.
Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah beranak dua pun badan masih langsing dan cantik! Mahu lebih ramai wanita mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cantik, Nadia tak lokek berkongsi rahsia.
12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar
Minum air putih yang banyak
Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi juga kesihatan
Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu
Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan
Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser
Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi
Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia
Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik
Jangan tidur lewat dan bangun awal
Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari
Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu
Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday Amy Mastura! 10 Mei genap 52 tahun usia ibu dua anak ini. Walau umur dah cecah 50an tetap nampak muda remaja. Patutlah Amy tergolong antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!
Selesa berpenampilan ringkas dan sederhana, foto Aidilfitri pelantun lagu popular Sha Na Na ini jelas menunjukkan peribadi diri Amy yang ‘sempoi’ dan tidak berlebih-lebihan.
Hanya bertudung bawal dan baju kurung polos tanpa labuci serta solekan nipis, cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi anak kelahiran Perak ini.
Begitu juga suami tercinta yang tampil santai dengan baju kurta dan anak-anak Amy yang berpakaian baju raya sederhana. Kalau kebanyakan selebriti selesa mengenakan persalinan sedondon dan serba mewah, Amy Mastura pula sebaliknya.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen kagum dengan gaya hidup bintang filem Puteri Impian ini. Kebanyakan mereka kagum dengan raut wajah awet muda Amy meskipun sudah meningkat usia.
21 April lepas merupakan hari kelahiran anak sulung yang ke-22. Sementara anak bongsu Amy dan suami pula menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 pada 15 April.
Biarpun kedua-duanya sudah menginjak usia dewasa dan berstatus anak selebriti namun mereka pandai jaga privasi diri serta tidak pernah dengar cerita kurang enak mengenai keluarga ini. Bagus didikan Amy dan suami!
Amy Mastura baru-baru ini terlibat dalam iklan kempen raya bagi sebuah syarikat insuran di samping pelakon, Ropie. Sisi lucu dan gaya lakonan semula jadi Amy ketika menjayakan iklan tersebut sememangnya mencuit hati penonton.
Aktres ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi dikongsi bersama peminat.
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...