Anting-anting merupakan aksesori pelengkap yang penting buat penampilan wanita. Selain menunjang penampilan, anting-anting juga mampu memberikan biasan yang lebih feminin buat gaya anda.

Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, pakain dan situasi, pastinya penampilan anda bakal menjadi lebih menyerlah. Oleh itu, pastikan anda memilih anting-anting yang tepat dan sempurna. Nona kongsikan 6 jenis anting-anting ini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian majlis.

Ads

TEARDROPS

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Seperti namanya, anting-anting jenis ini kelihatan persis air mata yang jatuh. Ia sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

STUD

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Jenis anting-anting ini sesuai untuk semua bentuk wajah. Reka bentuknya dianggap paling sederhana jika dibandingkan dengan yang lain. Ia kelihatan ringkas dan minimalis sesuai buat wanita yang inginkan gaya bersahaja.

CLUSTER

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Nampak seperti stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan. Ia memberi satu statement yang lebih nyata buat si pemakai.

Ads

HUGGIES

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznya jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor serta membuatkan si pemakai tampil lebih feminin. Sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Ads

DANGLE

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

CHANDELIER

6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat si pemakai. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan cukup berharga. Fadhli Ismail

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI