6 Jenis Anting-Anting Yang MESTI ANDA TAHU, Tak Sangka No. 4 Tu Kena Ikut Bentuk Muka Tertentu Saja!

Anting-anting merupakan aksesori pelengkap yang penting buat penampilan wanita. Selain menunjang penampilan, anting-anting juga mampu memberikan biasan yang lebih feminin buat gaya anda.

Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, pakain dan situasi, pastinya penampilan anda bakal menjadi lebih menyerlah. Oleh itu, pastikan anda memilih anting-anting yang tepat dan sempurna. Nona kongsikan 6 jenis anting-anting ini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian majlis.

TEARDROPS

Seperti namanya, anting-anting jenis ini kelihatan persis air mata yang jatuh. Ia sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

STUD

Jenis anting-anting ini sesuai untuk semua bentuk wajah. Reka bentuknya dianggap paling sederhana jika dibandingkan dengan yang lain. Ia kelihatan ringkas dan minimalis sesuai buat wanita yang inginkan gaya bersahaja.

CLUSTER

Nampak seperti stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan. Ia memberi satu statement

yang lebih nyata buat si pemakai.

HUGGIES

Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznya jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor serta membuatkan si pemakai tampil lebih feminin. Sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

DANGLE

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

CHANDELIER

Chandelier

merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat si pemakai. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan cukup berharga. Fadhli Ismail
Share
Published by
Norzalina