Berjoging, aktiviti yang cukup mudah namun paling tidak disukai untuk dilakukan kerana ia cukup memeras tenaga. Berjoging, berjalan cepat atau berlari-lari anak boleh membantu tubuh menyerap oksigen dan membuat fungsi jantung agar bekerja lebih cepat daripada biasa. Joging biasanya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.

Ads

Menurut para penyelidik Denmark, kajian mendapati mereka yang berjoging sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu sudah cukup mencapai saranan kesihatan. Namun jangan terkejut jika joging dilakukan secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat.

MANFAAT BERJOGING

  • Meningkatkan Stamina

Menjalani rutin harian dengan berjoging mampu meningkatkan stamina dan memberi kesan positif dalam kehidupan seharian. Jika badan sering berasa lesu, mulakanlah berjoging secara rutin.

  • Mencegah Penyakit

Sistem imunisasi badan dapat ditingkatkan. Hal ini kerana berjoging membantu melatih fungsi jantung. Malah joging juga dapat mengurangkan tekanan darah sekaligus melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

  • Menurunkan Berat Badan

Perkara ini adalah yang paling menjadi tumpuan ramai. Joging membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh. Ketika kadar metabolisme tubuh lambat, maka tenaga berlebihan yang masuk ke dalam tubuh disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak ini menjadikan tubuh semakin gemuk.

Ads
  • Menguatkan otot dan tulang

Selain membakar lemak, joging membantu menguatkan otot dan menjadikan tulang lebih padat. Kepadatan tulang dan otot dapat membuat anda beraktiviti dengan lebih bersemangat.

  • Membakar Lemak Di Perut

Semakin hari ukur lilit pinggang bukanlah semakin mengecil malah semakin bertambah nilainya. Jika ingin bebas dari lemak yang mula mengumpul di bahagian perut atau mana-mana bahagian tubuh, mulailah berjogging. Bukan sahaja di perut, lemak di bahagian pinggang, pinggul, peha dan lain-lain juga akan terusir.

Ads
  • Melambatkan Penuaan

Seiring bertambahnya usia, otot dan tulang akan berkurang. Joging membantu anda melewatkan proses penuaan di samping membuatkan kulit kelihatan cerah dan bermaya disebabkan aliran darah yang lancar.

PERLU TAHU:

  • Pastikan anda benar-benar sihat dan cergas sebelum berjoging.
  • Tentukan sasaran larian secara mingguan.
  • Mulakan kombinasi berjalan dan berjoging untuk permulaan.
  • Ingat, jangan terlalu memaksa diri.Pastikan ada waktu berehat selang satu hari selepas berjoging.
  • Pastikan anda memilih kasut yang sesuai ketika berjoging.Saiz mesti sesuai dengan kaki.Jangan terlalu ketat atau longgar dan pastikan bahagian dalamnya lembut. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI