Bersikap jujurlah terhadap pasangan setiap masa kerana tanpanya rumahtangga tidak akan dapat mengecapi kebahagiaan dan ketenangan. Namun sayangnya ada sesetengah yang tidak mampu menerapkannya dengan baik dalam hubungan suami isteri. Berikut adalah manfaat kejujuran:
MENAMBAH PAHALA
Tuhan pasti akan membalasnya dengan pahala yang melimpah ruah jika kita mampu bersikap jujur dalam perhubungan.
MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN
Sememangnya sukar untuk seseorang itu bersikap jujur namun ini ia jalan terbaik untuk merasa bahagia. Pastikan kejujuran itu disertai dengan kematangan agar tidak menyinggung perasaan orang lain atas apa yang dilakukan atau diucapkan. Contohnya ketika menegur kesilapan seseorang.
MEMBERI KETENANGAN
Jujur itu ketenangan, berbohong itu keraguan. Ini kerana kita tidak perlu merasa takut kerana merasa dikejar-kejar sesuatu angkara kebohongan yang dilakukan. Maka, tinggalkanlah apa yang meragukan kepada sebaliknya.
PERCAYA DIRI
Kejujuran menjadikan kita sentiasa optimis dalam melakukan setiap perkara meskipun hasil yang diperoleh mungkin kurang memuaskan. Namun, tidak perlu merasa takut akibat dibayangi perasaan bersalah dari perbuatan yang dilakukan.
MENCIPTA KELUARGA BAHAGIA
Seluruh ahli keluarga dapat merasakan ketenangan kerana tidak perlu rasa terpaksa menyembunyikan sesuatu jika sedang menghadapi permasalahan dan sebagainya.
ELAK TUDUHAN TIDAK BERASAS
Dalam hidup ini terdapat berbagai karakter manusia. Di mana pun kita berada pastikan setiap tindakan itu berlandaskan kejujuran agar terhindar daripada tuduhan-tuduhan palsu mahupun fitnah yang hanya merugikan. AMY MOHD
This website uses cookies.