Wanita dan mekap sukar untuk dipisahkan. Lumrah seorang wanita untuk sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami. Tidak menjadi kesalahan untuk menjaga penampilan diri, tapi haruslah berpada-pada dan tidak berlebihan.
Ads
Bagi lelaki yang bergelar suami, ada segelintir antara mereka yang lebih suka melihat si isteri tanpa secalit mekap. Mereka lebih yakin kecantikan semulajadi wanita lebih menyerlah tanpa mengenakan sebarang mekap. Namun adakah anda di luar sana tahu sebab mengapa suami lebih suka lihat isterinya tanpa memakai mekap? Jom kita lihat senarai di bawah!
1. TIDAK SUKA WANITA TERLALU OBSES DENGAN KECANTIKAN
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum suami tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
2. SUKA WANITA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
3. TIDAK SUKA MENUNGGU
Setiap kali anda ingin keluar bersama, pasti si suami harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
Ads
4. SUKA MELIHAT ANDA KETIKA BANGUN TIDUR
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan si suami menganggap rupa paras isteri yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur sehinga dibuai mimpi.
Ads
5. CANTIK LUARAN TIDAK PENTING
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, selepas mendirikan rumah tangga, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
6. TIDAK SUKA MEMBAZIR
Alat solekan juga memerlukan kos yang tinggi untuk membelinya. Sikap isteriyang suka akan mekap pasti akan membeli alat solekan untuk dipakai dan dijadikan koleksi peribadi. Hal ini boleh menyebabkan si isteri menjadi boros dan sukar untuk mengawal perbelanjaan. Pada pendapat suami, lebih baik wang tersebut dibelanjakan pada perkara yang lebih penting berbanding alat solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 menarik perhatian ramai. Anggun berhijab dan mengenakan persalinan kurung biru, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM itu pada 2 September lepas yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Menerusi perkongsian di media sosial rasmi Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal dan 15 graduan terbaik.
Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.
Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoal.
Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.
Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat ke Sidang 2 Istiadat Konvokesyen UiTM pada 3 September dan menyampaikan ijazah kepada 997 graduan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Rawatlah kulit anda dari dalam mahupun luar terutamanya di bahagian kulit wajah yang memerlukan perawatan ekstra. Ini kerana keadaan kulit di bahagian tersebut merupakan paling sensitif berbanding kulit di bahagian lain. Menjaga kecantikan kulit wajah bukanlah kerana mahu menerima pujian semata-mata. Sebaliknya, penjagaan ini dibuat sebagai menghargai kecantikan yang dimiliki selain menerbitkan rasa puas kepada diri sendiri.
Selain khasiat timun, buah tomato dan lidah buaya yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit wajah, ramuan lain yang patut anda cuba untuk mengekalkan keanjalan kulit adalah melalui limau nipis. Berikut manfaat dan resipi mudah yang boleh dipraktikkan hanya dari rumah menggunakan buah limau nipis.
CEGAH JERAWAT
1. Ambil limau nipis dan perah airnya memenuhi sesudu teh.
2. Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
3. Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
4. Bilas dengan menggunakan air dingin.
MINIMUM PORI-PORI, HALUS & KURANGKAN MINYAK
1. Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
2. Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan terutamanya pada bahagian hidung dan pipi yang memiliki pori-pori lebih besar.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilas dengan menggunakan air dingin.
CEGAH KEDUT
1. Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
2. Tambahkan sesudu makan minyak kayu putih.
3. Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
4. Adun hingga rata. Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah cantik tengok penampilan terbaharu selebriti media sosial, Maryam! Tampil sopan dan anggun dengan berhijab, isteri kepada Ryzal Ibrahim ini nyata menarik perhatian peminat dan warga maya apabila memuat naik gambarnya lengkap bertudung litup baru-baru ini.
Sememangnya penampilan Maryam mendapat pujian dan bualan ramai kerana bukan mudah bagi wanita kelahiran Korea Selatan ini menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan menjadi wanita muslimah.
Tapi dia berjaya berusaha ke arah kebaikan. Alhamdulillah, tahniah Maryam!
Menerusi hantaran di Instagram, Maryam berkongsi perasaan sejak dia buat keputusan untuk bertudung.
“Hari ini saya buat face call dengan ibu saya. Ibu saya tanya ‘Tak panas ke? Pakai tudung.’ Sebenarnya saya pun selalu risau bila pakai tudung rasa lagi panas.
Tapi sampai sekarang saya tak rasa panas sangat bila saya ikhlas pakai tudung bukan terpaksa.
Alhamdulillah, Allah makes everything easy.”
Ryzal dan Maryam yang popular dengan gelaran DurianKimchi berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenal hati budi masing-masing di Korea Selatan.
Hasil perkongsian hidup, Ryzal dan Maryam atau nama sebenarnya You Narae dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nik You Rina Nik Muhammad Ryzal hasil gabungan nama Ryzal dan isteri tercinta.
Rina dilahirkan pada 21 Oktober 2021 dan menjadi pelengkap rumah tangga pasangan selebriti media sosial tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...