Pelakon jelita Mikha Tambayong yang terkenal menerusi sinetron Aishiteru  akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada kekasihnya, Deva Mahenra pada Sabtu lalu. Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di Bali, Indonesia sabtu lepas.

Ads

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Mikha memberitahu dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun putih pada hari bersejarah itu. “Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya pada kapsyen. Pelakon sinetron Aishiteru itu turut memuat naik foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun putih berkenaan.

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

Melihat pada penampilannya yang cukup anggun, rupa-rupanya ini tip diet yang diamalkan Mikha untuk mendapatkan tubuh idaman yang diimpi-impikannya.

  1. Tak makan nasi dah 6 tahun

Tahukah anda, diet diamalkan oleh Mikha Tambayong ialah tidak makan nasi. Dan dilakukan secara konsisten selama 6 tahun. Dalam satu temu bual, Mikha Tambayong berkata, dia memang mengurangkan pengambilan karbohidrat berlebihan kalori dalam badannya terkawal. Kebetulan dia juga tidak menggemari nasi. Sebaliknya, lebih banyak makan kentang.

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

  1. Tidak pada makanan manis

Selain pengambilan karbohidrat berlebihan, Mikha Tambayong juga mengelak dari pengambilan makanan dan minuman manis. Gula memberi kesan buruk kepada tubuhnya. Mikha berkata, jika dia mengambil lebihan gula, badannya terasa lebih berat terutama ketika bersenam. “Saya suka snek coklat, aiskrim dan lain-lain namun saya perlu berhati-hati dari segi pengambilan kuantitinya agar tidak berlebihan.”

Ads

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

  1. Jus sayur dan buah

Enggan mengambil makanan/minuman manis secara berlebihan, Mikha mengakui memperbanyakkan pengambilan protein. Mikha memproses sayur menjadi jus. “Biasanya saya membuat jus sayuran daripada saderi dan bit. Dan kadang-kadang saya minum jus buah. Saya suka mencampurkan sayuran dan buahan, mungkin agak pelik tetapi tidak apa, asalkan ia menyihatkan!

6 Tahun Tak Makan Nasi, Padanlah Tubuh MIKHA TAMBAYONG Langsing & Kekal Menawan Di Hari Persandingan

Ads

Sumber: fooddetik.com

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI