Sebut saja nama Stacy, perkara pertama yang terlintas mesti gerak-tari lincahnya di atas pentas. Tapi di rumah, isteri Akim Ahmad ini sebaliknya lincah di dapur. Lagi-lagi sejak bergelar isteri dan ibu. Macam-macam juadah yang Stacy masak untuk keluarga tersayang. Untung Akim!
Menjengah media sosial Juara Akademi Fantasia Musim 6 ini, memang Stacy suka berkongsi aktiviti harian bersama peminat. Terutamanya mengenai pelbagai resipi dan menu masakan dan video yang dimuat naik juga meraih tontonan tinggi daripada followers.
Kalau sebelum ini, Stacy pernah dedahkan dia cuba belajar jahit baju raya untuk keluarga waktu awal perkahwinan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula dia tunjuk skill memasak. Kagum dengan semangat Stacy sejak berkahwin.
Bila dah jadi ibu, automatik wanita jadi multitasking. Walau sibuk bekerja, tetap ada masa untuk masak, mencuci, kemas rumah, menjahit dan sebagainya.
Jelas terbukti pelantun lagu Pelangi Senja ini sangat mengutamakan suami dan anak-anak dari segenap segi. Pandai Stacy jaga dan urus keluarga!
Selepas lagu ciptaannya Cinta menjadi Naib Juara Anugerah Juara Lagu pada awal Mac lepas, ramai yang mula perasan perubahan diri Stacy yang dikatakan sedang hamil anak kedua.
Melihat video masakan Stacy baru-baru ini, memang terserlah ‘baby bump’ dan dah sarat mengandung. Malah, foto percutian Stacy dan keluarga ketika di Sabah juga memperlihatkan perubahan terbaharu anak seni tersebut. Khabarnya Stacy bakal bersalin pada Ogos depan.
Walau rutin harian tertumpu dengan urusan keluarga namun kerjaya seni Stacy tetap tak dilupakan. Januari lepas, dia melancarkan muzik video single terbaharunya, Duit. Ternyata aura Stacy masih berbisa. Muzik video berkenaan berjaya mencatat hampir 500 ribu tontonan sampai sekarang.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Stacy mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan iaitu Eshaal berusia 5 tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
This website uses cookies.